Connect with us

Berita Lain

Silat helang Munirah

MUNIRAH pernah raih pingat gangsa dalam Sukan Borneo di Indonesia ketika berusia 18 tahun.


Sibu: Kehebatan ilmu persilatan anak gadis kelahiran Sibu ini memang tidak dapat disangkal, lebih-lebih lagi dengan prestasi cemerlangnya di peringkat negeri dan kebangsaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Malah, Munirah Daud, 25, juga pernah meraih pingat gangsa, sekali gus menjulang nama Malaysia dalam Sukan Borneo di Indonesia ketika usianya 18 tahun.


Menurutnya, beliau mula mempelajari kemahiran bela diri itu ketika berusia 15 tahun atas dasar mahu memperkukuhkan jati diri dan kerohanian.


Katanya, kali pertama menjejakkan kaki ke gelanggang pertandingan, hanya Tuhan yang tahu debaran di hatinya.


“Saya tidak mempunyai sebarang pengalaman bertanding ketika itu. Bagaimanapun, saya berjaya mendapat tempat kedua pertandingan peringkat sekolah pada 2009.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Sejak itu, saya aktif menyertai pelbagai pertandingan silat hingga terpilih menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) Pahang 2012, SUKMA Perlis 2014 dan Naib Juara Kejohanan Silat Rembau 2016,” katanya.


Mungkin ada beranggapan seseorang yang aktif dalam seni mempertahankan diri memiliki perlakuan serta tutur kata agak kasar.


Namun, tidak bagi gadis ini, apabila setiap bicaranya memiliki ciri-ciri kewanitaan yang penuh kelembutan.


Malah, katanya, Silat Helang Putih Perkasa yang dipelajarinya juga menekankan ilmu kerohanian dan keagamaan, sekali gus menambahkan lagi minatnya terhadap seni warisan itu.


“Kecenderungan saya dalam bidang ini sebenarnya bermula dari keluarga. Kami mempunyai 11 adik beradik dan lapan daripadanya memang minat bersilat.


“Tambahan pula, seni ini memang sesuai dipelajari semua golongan termasuk yang mungkin sedikit lemah fizikal, tetapi masih mampu menggunakan kekuatan lain termasuk tangan,” katanya.


Munirah berkata, walaupun, seni bela diri silat bukan semata-mata mengajar pengamalnya seni mempertahankan diri, sebaliknya menerapkan pelbagai nilai positif yang lain.


Pada masa sama, katanya, silat mampu melatih diri seseorang untuk menjadi lebih berdisiplin dan keyakinan diri.


“Ia juga meningkatkan motivasi diri agar lebih maju termasuk mencabar diri melakukan sesuatu yang mungkin dianggap mustahil,” katanya yang kini Penolong Jurulatih Silat Majlis Sukan Negeri Sarawak.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel