Connect with us

Berita Lain

Sirul Sedia Pulang, Dedahkan Maklumat Kes Altantuya


Bekas anggota polis yang kini ditahan di Pusat Tahanan
Imigresen Australia hari ini berkata, dia sedia membantu kerajaan Pakatan
Harapan untuk mendedahkan apa sebenarnya berlaku berkaitan kematian Altantuya
Shaariibuu 12 tahun lalu.
Kata Sirul Azhar Umar pendedahan itu boleh dilakukan dengan
syarat dia diberikan pengampunan penuh oleh kerajaan baru Malaysia.
Tanpa pengampunan itu, kata Sirul, 45, dia tidak boleh
dilepaskan dan pulang ke Malaysia.
“Saya berjanji untuk bekerjasama dengan kerajaan baru,
syaratnya saya dapat pengampunan penuh,” katanya kepada Malaysiakini dari
pusat tahanan berkenaan di Sydney.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut Sirul kini semakin ramai orang di Australia percaya
dia adalah tahanan politik dan bukan penjenayah biasa ekoran kekalahan BN dalam
pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lalu.
Kata Sirul dia sangat sedih apabila dia dan keluarganya
menjadi mangsa kecaman orang lain ekoran kes yang dikaitkan dengannya itu.
“Sedangkan mereka tak tahu. Itu kesalahan pertama saya.
“Bersama UTK (Unit Tindakan Khas) saya berkhidmat untuk
menangkap dan bunuh pencuri dan pelbagai jenayah, semuanya untuk keselamatan
negara.
“Mereka (orang awam) tak tahu bagaimana UTK berfungsi
kerana kami kena ikut perintah,” katanya.
Siasat Scoepene juga
Sirul juga menegaskan impiannya menyampaikan ucapan tahniah
kepada dua pemimpin utama Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad dan
Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana memenangi PRU ke-14 lalu.
Mengaku pernah menjadi anggota keselamatan yang mengiringi
Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim, Sirul juga berharap dia dapat menyampaikan
ucapan terima kepada ketua umum PKR berkenaan kerana meminta kesnya dibicarakan
semula.
“Kalau boleh, saya sanggup (dibicarakan semula) kerana
saya berpendapat perbicaraan lepas tak adil bagi saya, kerana saya menurut
arahan daripada peguam, dan ini yang saya dapat, sedangkan saksi utama tak
dipanggil,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Semasa perbicaraan kes Altantuya itu di Mahkamah Rayuan dan
Mahkamah Persekutuan, Sirul diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan
Hasnal Rezua Merican.


Kata Sirul ekoran sabitan Mahkamah Persekutuan itu dia
mengarahkan kedua-dua peguam belanya untuk memfailkan semakan semula.
Bagaimanapun kata Sirul peguam terbabit tidak melakukannya
dan ia sudah tiga tahun berlalu.

Sebelum ini dilaporkan bekas hakim Mahkamah Persekutuan
Datuk Seri Gopal Sri Ram mencadangkan kerajaan HARAPAN tidak hanya memberi
tumpuan kepada skandal 1MDB, sebaliknya turut melihat kes kapal selam Scorpene
yang dikendalikan di bawah Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu menjadi
menteri pertahanan.
Najib kemudian dilantik menjadi perdana menteri keenam
Malaysia sebelum HARAPAN mengalahkan BN semasa PRU minggu lalu.
Anggota Parlimen Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh juga
menggesa kerajaan menyiasat motif di sebalik pembunuhan wanita warga Mongolia
itu.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel