Connect with us

Berita Lain

‘Spiderman’ Mali dapat kerakyatan Perancis



PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron menawarkan kewarganegaraan kepada seorang migran dari Mali yang menggadai nyawa menyelamatkan seorang kanak-kanak yang terjatuh dari balkoni setinggi empat tingkat, Sabtu lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Bagi menghargai tindakan berani pemuda berusia 22 tahun, Mamoudou Gassama itu, Presiden Macron telah menjemputnya ke Istana Elysee untuk berterima kasih secara peribadi dan menawarkan kewarganegaraan Perancis serta peluang pekerjaan kepada Gassama.


“Kami akan memulakan proses dokumentasi yang akan menjadikan anda rakyat Perancis.


“Tindakan berani anda menyelamatkan nyawa juga amat bersesuaian dengan tugas ahli bomba, sekiranya berminat anda boleh menyertai pasukan bomba dan terus menjalankan aksi menyelamat setiap hari,” ujar Macron.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Terdahulu, rakaman detik cemas itu menjadi tular di media sosial dan mendapat pujian Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo yang menggelar Gassama sebagai ‘Spiderman ke-18’ merujuk kepada daerah di mana insiden itu berlaku.


Sementara itu, bapa kanak-kanak yang didakwa meninggalkan anak kecil itu sendirian di rumah, kini ditahan bagi tujuan siasatan. -PressTV


-mstar online

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel