Connect with us

Berita Lain

SPR, SPRM, Apandi Ali Dalam Radar Tun M


PETALING JAYA: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan menyiasat
agensi dan pegawai kanan awam yang terlibat dengan skandal salah laku dan
rasuah.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, antara
agensi yang akan disiasat termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Peguam Negara, Tan Sri
Mohamed Apandi Ali.
SPR diterajui oleh Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim
Abdullah, manakala SPRM dibawah pimpinan Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Dzulkifli
Ahmad

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ketika ini peguam negara telah menjejaskan
kredibilitinya kerana menyembunyikan bukti salah laku. Itu salah dari segi
undang-undang.
“Kita juga akan teliti sama ada SPRM (pengerusi) telus
atau tidak.
“Begitu juga dengan SPR (pengerusi), jika kita dapati
beliau terlibat dalam rasuah atau tidak adil maka kita akan ambil tindakan
terhadap beliau,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis
Presiden Pakatan Rakyat di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur, pagi Jumaat.
Ditanya sama ada beliau akan melakukan rombakan terhadap
SPRM, Dr Mahathir berkata, sekiranya badan bebas itu didapati tidak berlaku
adil maka ia terpaksa dilakukan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Jika kita dapati mereka menyebelahi mana-mana pihak
termasuk kami, kami akan melakukan pertukaran,” katanya.
Dr Mahathir berkata perkara itu dilakukan bukan kerana
dendam tetapi sebarang tindakan yang diambil ke atas ketua agensi adalah
berdasarkan undang-undang negara ini.
“Kami perlu berunding dengan pentadbir dan peguam untuk
mengetahui sama ada apa yang kita lakukan selari dengan undang-undang negara
ini,” katanya.



– mStar Online

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel