Connect with us

Berita Lain

SPRM Buka Semula Siasatan SRC International


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula
kes aliran wang dari SRC International, anak syarikat 1Malaysia Development
Berhad (1MDB).
Bagi membantu siasatan kes berkenaan, SPRM sudah menyerahkan
notis memerintah kehadiran kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sumber berkata, mengikut notis berkenaan Najib perlu hadir
ke pejabat SPRM pada Selasa depan bagi memberi keterangan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, surat berkenaan diserahkan melalui lapan pegawai
SPRM yang mengunjungi kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta pada
3.50 petang tadi.
Menurut laporan Harian Metro lagi, lapan pegawai itu menaiki dua kereta Proton
Preve berwarna perak turut membawa beberapa beg bimbit.
Semua pegawai berkenaan kemudian meninggalkan kediaman itu
pada 5.40 petang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebelum ini, bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali
mengesahkan tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes
membabitkan dana 2.6 bilion dan SRC International.
Malah, kertas siasatan yang berkaitan ketika itu
dikembalikan kepada SPRM,l selain mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan
ditutup.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel