Connect with us

Berita Lain

SPRM Rampas RM1.1 Juta Di Rumah Abdul Azeez

Foto: Kosmo

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
merampas wang tunai RM500,000 dan pelbagai mata wang asing bernilai kira-kira
RM600,000 dalam serbuan di kediaman Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri
Abdul Azeez Abdul Rahim.
Difahamkan, kira-kira 10 anggota SPRM telah datang ke rumah
Abdul Azeez untuk melakukan penggeledahan, semalam.
Menurut sumber, dalam serbuan di Baling Kedah, SPRM merampas
lebih kurang RM100,000, manakala RM400,000 di Subang, Selangor.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam serbuan tersebut, lebih daripada 20 jenis  mata wang asing termasuk Euro, Dolar
Singapura, Riyal, Pound Sterling, Dolar Hong Kong, Rufiya dan Dirham UAE telah
dirampas membabitkan tukaran kira-kira RM600,000.
“Selain itu, SPRM turut merampas lebih 20 utas jam tangan,
barang kemas milik isteri beliau (Azeez). SPRM juga merampas beberapa dokumen
bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Selain itu, sumber turut mengesahkan telah menyerbu pejabat
Abdul Azeez di Baling, Kedah dan Menara HLA, Kuala Lumpur.
Difahamkan, SPRM akan membuat serbuan di pejabat Tabung Haji
di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, esok.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Serbuan itu dilakukan kerana dikatakan Abdul Azeez
menyalahgunakan kedudukan untuk mendapatkan projek di bawah seliaan kerajaan
terdahulu bagi syarikat berkepentingan dengannya. Malah, beliau juga dipercayai
memperoleh komisen daripada syarikat projek selepas syarikat terbabit berjaya
mendapat projek itu.



– Sinar Harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel