Connect with us

Berita Lain

Subramaniam Tidak Pertahankan Jawatan Presiden MIC, Oktober Ini


KUALA LUMPUR: Presiden MIC, Datuk Seri Dr S.Subramaniam
mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti
yang dijadual Oktober ini.
Keputusan tersebut adalah susulan kekalahan teruk parti
komponen Barisan Nasional (BN) itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang
menyaksikan parti kaum India itu hanya memenangi dua daripada sembilan kerusi
Parlimen yang ditandinginya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya tidak akan bertanding tetapi berharap lebih ramai
ahli dalam kalangan generasi muda akan mengambil bahagian dalam pemilihan parti
kali ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Dr Subramaniam, yang menggantikan Datuk Seri G. Palanivel
pada 2015, berkata parti itu akan mengadakan ‘post-mortem’ berhubung PRU14 bagi
mengkaji kelemahan dan melihat semula bagaimana untuk parti berusia 71 tahun
itu kekal relevan kepada masyarakat India di negara ini.
“Kami perlu memastikan kelangsungan parti dalam tempoh
lima tahun akan datang kerana kita tidak pernah berada di pihak pembangkang
sebelum ini…selain itu kita juga akan mengkaji kedudukan parti dalam
BN,” kata bekas menteri kesihatan itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengenai Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) yang
diperkenalkan oleh kerajaan BN sebelum ini, Dr Subramaniam berkata beliau
menyerahkan keputusan pelaksanaannya kepada kerajaan baharu Pakatan Harapan
(PH), pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
– BERNAMA



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel