Connect with us

Berita Lain

Sudah 23 Jam, Jamal Masih Belum Dikesan

Kehilangan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar
Datuk Seri Jamal Md Yunos sejak 23 jam lalu terus menjadi persoalan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten
Komisioner Fadzil Ahmat berkata, Jamal masih belum ditemui atau tampil menyerah
diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri, petang semalam.

“Dia (Jamal) menghilangkan diri sejak 5 petang semalam dan
masih belum dikesan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang perkara ini
boleh salurkan kepada polis bagi membantu kita mengesannya,” katanya ketika
dihubungi, lapor Sinar Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketika ditanya adakah Jamal masih berada di Selangor atau
sebaliknya, beliau menjelaskan perkara itu belum dapat disahkan lagi.
Kehilangan Jamal disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah
Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira 5.30 petang, semalam.
Pada 10.45 pagi hari kejadian, Jamal didakwa atas pertuduhan
melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di
hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah
Alam tahun lepas.
Jamal bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan
terhadapnya dibacakan di  hadapan
Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin daripada Mahkamah Majistret Shah
Alam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Prosiding kes itu dijalankan di hospital berkenaan berikutan
Jamal sedang mendapatkan rawatan bagi masalah sakit belakangnya.
Jamal berhadapan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 290
Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM400, jika sabit
kesalahan dan mahkamah membenarkan Jamal diikat jamin RM3,000 dengan seorang
penjamin serta menetapkan 8 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel