Connect with us

Berita Lain

Terengganu setuju ECRL diteruskan



KUALA NERUS – Kerajaan negeri pimpinan Pas bersetuju Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diteruskan memandangkan ia memberi keuntungan ekonomi kepada kerajaan dan rakyat di negeri itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menteri Besar Terengganu,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berharap agar kerajaan pusat yang kini dipimpin Pakatan Harapan (Harapan) memberi pertimbangan lebih serius bagi memastikan projek berkenaan dapat diteruskan.


“Secara umumnya kita (Kerajaan Terengganu pimpinan Pas) berpandangan sebarang projek yang memberi keuntungan ekonomi kepada negeri dan rakyat kita alu-alukan.


“ECRL adalah termasuk dalam projek yang boleh menjana perkembangan ekonomi terutamanya pada hentian satelit tempat-tempat tertentu, di mana stesen ini diadakan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Jadi ia (ECRL) wajar diteruskan dengan syarat tidak membebankan ekonomi kerajaan dan rakyat Terengganu,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat lawatan ke tapak bazar Ramadan Batu Enam, Bukit Tunggal,di sini, petang semalam.


Ahmad Samsuri yang turut ditemani isteri, Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman tiba di lokasi itu kira-kira jam 5.30 petang dan meluangkan masa hampir 30 minit bermesra dengan peniaga dan pengunjung di bazar berkenaan.


Projek ECRL sepanjang 688 kilometer bernilai RM55 bilion yang menghubungkan antara Kelantan dan Pelabuhan Klang, Selangor dijangka siap pada 2024 dibangunkan oleh Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL).


Setakat ini, projek yang dibangunkan oleh kerajaan BN dibawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sudah melebihi 13 peratus siap sejak pembinaan bermula November tahun lalu dengan hampir kesemua kem induk ECRL di bawah Fasa 1 siap dibina iaitu di Tunjung (Kelantan), Kampung Raja, Kuala Nerus, Dungun, Kemaman (Terengganu), Mentakab dan Bentong (Pahang), membabitkan 44 terowong dengan terowong terpanjang di Pahang sepanjang 16.9 kilometer.


-sinar harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel