Connect with us

Berita Lain

Terima Kasih Guan Eng – Najib


KUALA LUMPUR: Kadar rasmi hutang Kerajaan Persekutuan
berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seperti diumumkan Kementerian
Kewangan semalam disifatkan bertepatan perangkaan sebelum ini.
Hutang negara berkadar 50.8 peratus berbanding KDNK atau
RM686.8 bilion itu sekali gus menolak dakwaan bahawa paras berkenaan mencapai
65 peratus atau RM1 trilion.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kadar
semasa hutang negara jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan zaman
pemerintahan awal Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu 103.4 peratus.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional (BN)
mematuhi garis panduan laporan antarabangsa mengenai hutang awam seperti
digariskan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Justeru,
perangkaan 50.8 peratus itu ialah pengukuran yang diterima secara universal.
“Oleh itu, saya gembira dengan tindakan Menteri
Kewangan (Lim Guan Eng) yang akhirnya berterus terang mengenai hutang rasmi
Kerajaan Persekutuan berkadar 50.8 peratus, bukan 65 peratus atau RM1 trilion
seperti didakwa sebelum ini,” katanya menerusi entri di blog rasminya,
NajibRazak.com, hari ini.
Beliau berkata, kewajipan lain seperti pelbagai jaminan
tidak pernah dijadikan pengukuran rasmi dalam menentukan hutang kerajaan, malah
dasar itu dilaksana ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, pemberian
jaminan sedemikian yang lazimnya jangka panjang dan disokong aset dengan
kemampuan untuk menjana pendapatan, bertujuan untuk membantu segelintir entiti
mengurangkan pembiayaan kos mereka.
“Perkongsian Awam Swasta (PPP) dan cagaran Inisiatif
Pembiayaan Swasta (PFI) pula ialah perbelanjaan operasi, bukan hutang, selain
amat diperlukan untuk kemudahan sosial seperti sekolah, balai polis, hospital
serta universiti.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kerajaan terdahulu pimpinan BN sentiasa telus dan
tidak pernah menyembunyikan semua perangkaan yang didedahkan Guan Eng, malah ia
diterbitkan dalam laporan Jabatan Perbendaharaan, Bank Negara Malaysia, Jabatan
Akauntan Negara dan Ketua Audit tanpa culas.
“Penganalisis pasaran, pakar ekonomi dan pelabur turut
maklum dengan perangkaan ini, yang diperakui masih terkawal serta berupaya
diuruskan seperti disahkan sendiri oleh Guan Eng.
“Oleh itu, kita tidak menyembunyikan hutang RM300
bilion atau memalsukan sebarang perangkaan seperti yang didakwa,” katanya.
Meskipun kebenaran mengenai kedudukan hutang negara kini
diperincikan, Najib berkata, ia menyebabkan pasaran pertukaran saham merudum
teruk minggu ini, mencakupi pola negatif untuk 14 hari berturut-turut dalam
aliran modal asing.
Pertikaian itu, katanya, turut menyaksikan pelabur dan
syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah (Diperbadankan), Khazanah Nasional dan
Tabung Haji mengalami kerugian.
“Saya harap dan berdoa menteri kerajaan Pakatan Harapan
akan lebih berhati-hati dalam mengemukakan sebarang dakwaan pada masa
depan,” katanya.

– BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel