Connect with us

Berita Lain

Tiada Sebab BN Sabah Tak Cemerlang Pada PRU14


KOTA MARUDU – Tiada sebab untuk Barisan Nasional (BN) Sabah
tidak cemerlang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Rabu ini sekiranya semua
parti komponen BN menunjukkan solidariti tanpa mengira siapa yang menjadi
calon, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, pengerusi BN itu berkata jentera BN di Sabah
perlu terus bekerja dengan penuh semangat sehingga mencapai kejayaan cemerlang
pada pilihan raya umum ini.

“Pagi tadi saya melakukan lawatan di Keningau, sebelum
berjumpa rakyat di Beaufort dan kemudiannya bersama rakyat di Kota Marudu ini.
Saya melihat suasana yang sangat menggalakkan dan memberangsangkan… ini tanda
positif untuk BN.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Oleh itu saya melihat tiada sebab mengapa BN tidak boleh
berjaya dengan syarat semua parti komponen bersama untuk menyokong siapa sahaja
calon bertanding, kerana itu adalah calon BN. Ada satu tempat (kerusi) untuk
calon PBS, ada tempat untuk calon UMNO dan ada juga tempat untuk calon parti
(komponen) lain. Tetapi yang paling penting BN perlu menang dan menubuhkan
kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis
pemimpin bersama rakyat peringkat Parlimen Kota Marudu di sini, hari ini. Turut
hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga
presiden PBS dan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan, Timbalan
Presiden PBS Datuk Seri Maximus Ongkili yang juga calon kerusi Parlimen Kota
Marudu, calon DUN Tandek Datuk Anita Baranting, dan calon DUN Matunggong Julita
Majunki.
Najib berkata beliau memberi tumpuan terhadap Sabah kerana
beliau mempunyai hubungan dan perasaan untuk terus memajukan lagi negeri ini.
“(Calon pakatan pembangkang,Tun) Dr. Mahathir (Mohamad)
tidak melawat Sabah sebab dia tidak mendapat sokongan di Sabah… ini kerana
‘track record’ dia selama 22 tahun (sebagai perdana menteri) orang Sabah tidak
akan lupa. dia (Dr. Mahathir) lupa tetapi orang Sabah tidak akan lupa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Sebab itu dia (Dr. Mahathir) bergantung dengan pihak-pihak
(parti pembangkang) lain di Sabah ini. Saya sebagai perdana menteri mengambil
pendekatan yang berbeza dan saya anggap Sabah ini sebagai rakan sejati dan
orang Sabah perlu dimajukan supaya jurang pembangunan di Sabah dan Semenanjung
dapat dirapatkan. Dengan itu seluruh Malaysia boleh dianggap sebagai sebuah
negara maju dalam masa tak lama lagi,” katanya.
Ditanya mengenai Parti Warisan Sabah (Warisan), Najib
berkata parti nasional seperti BN adalah jauh lebih baik daripada parti
setempat seperti Warisan.
“Lebih baik kita (pengundi) sokong parti nasional sebab,
kalau kita nak belayar jauh merentas lautan samudera kita perlu pada kapal
besar… jangan kapal layar, kalau kapal layar tak sampai nanti. Kita perlu parti
yang besar dan kuat macam BN.
“Ini bukan soal sentimen tetapi ini soal siapa yang boleh
menentukan masa depan kita yang lebih baik dan bukan sahaja janji tetapi cara
penyampaian (menunaikan janji).
“Masa kita nak sesuatu jawatan kita boleh janii macam-macam,
namun kebanyakan janji itu palsu atau janji yang mungkin tidak dapat ditunaikan
sebab mereka (Warisan) tidak ada kuasa mutlak… kuasa mutlak hanya berpunca
daripada parti besar yang berkuasa di peringkat nasional,” katanya. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel