Connect with us

Berita Lain

Tiga ADUN BN Johor Umum Mahu Sertai BERSATU


Tiga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Barisan
Nasional (BN) di Johor mengumumkan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU) – parti komponen dalam Pakatan Harapan tidak lama lagi.
Ketiga-tiga mereka adalah Rosleli Jahari (Johor Lama),
Alwiyah Talib (Endau) dan Rasman Ithnain (Sedili).
Tindakan itu turut disertai kira-kira 40 anggota Umno lain
di kawasan tersebut.
Rasman dalam sidang media secara bersama berkata keputusan
itu dibuat dengan kerelaan hari tanpa ada gesaan, paksaan mahupun ugutan
daripada mana-mana pihak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kami buat ini untuk tujuan, tidak lain tidak bukan
iaitu demi untuk perpaduan orang Melayu dan rakyat.
“Kami selaku wakil rakyat kena mengikut rentak dan
corak yang rakyat hendak dan ini salah satu daripada langkah yang terbaik demi
perpaduan dan yang penting untuk rakyat,” katanya di Johor Bahru hari ini.
Rasman berkata walaupun sesetengah pihak mungkin mengganggap
mereka mengkhianati pengundi, namun, pihaknya percaya pengundi di kawasan
terlibat akan memahami tindakan diambil.
“Insya-Allah pengundi akan faham kerana pengundi
menyokong kami kerana pengundi hendakkan perkhidmatan kami untuk kelangsungan
kami menjalankan kerja.
Jika dalam waktu sekarang ini, macam (mana) kami hendak buat
kerja? Apa yang saya boleh buat dengan rakyat? Hendak bantu rakyat macam
mana?,” soalnya.Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Setiausaha
BERSATU Johor Datuk Osman Sapian berkata pihaknya menerima baik hasrat
ketiga-tiga ADUN berkenaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagaimanapun, menurutnya, BERSATU akan membuat tapisan
dahulu sebelum meluluskan penyertaan mereka.
“Hasrat murni, kita kena terima. Tentang tapisan, itu
memanglah, bukan sahaja anggota datang daripada BN atau Umno atau yang bukan
wakil rakyat.

“…kalau hendak masuk jadi anggota, kita akan tengok
adakah beliau betul-betul hendak bersama dengan kita taat setia, kerana (kita)
tidak mahu siapa-siapa yang dalam parti ini menganggap Pakatan Harapan sebagai
parti seperti macam bila suka masuk, tidak suka keluar. Kita tak mahu,”
katanya.
Pada PRU14 yang baru sahaja selesai, Rasman yang merupakan
penyandang kerusi Sedili sejak 2008 telah menewaskan calon PKR Abdul Razak Isa.
Alwiyah dan Rosleli pula merupakan muka baharu yang
ditampilkan BN di kawasan yang ditandingi.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel