Connect with us

Berita Lain

TLDM siasat punca kematian pegawai dalam latihan



KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menyiasat punca sebenar kematian Pegawai Dalam Latihan, Pegawai Kadet Graduan (PKG), J Soosaimanicckam, petang semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



TLDM dalam satu kenyataan berkata, Lembaga Siasatan juga telah ditubuhkan bagi meneliti prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi melihat kembali sekiranya terdapat sebarang pelanggaran terhadap prosedur yang ditetapkan.


“Jika terdapat isu pelanggaran SOP, TLDM tidak akan berkompromi atau melindungi mereka-mereka yang melanggar prosedur semasa melaksanakan tugas,” kata kenyataan itu, hari ini.


Semalam, Soosaimanicckam disahkan meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Lumut, perak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Sebelum itu pada 12 Mei lalu, PKG berkenaan telah melaporkan diri ke Kapal Diraja (KD) Sultan Idris I bagi menjalani latihan Kursus Kelayakan Pegawai Graduan.


Pada hari kejadian Soosaimanicckam bersama rakan-rakan lain telah menjalani latihan fizikal seperti termaktub dalam rutin jadual harian pelatih dan diselia Jurulatih Jasmani TLDM.


Bagaimanapun, pada jam 12.20 tengah hari, PKG itu mengadu sakit dada dan sesak nafas di blok penginapan.  


Soosaimanicckam dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Lumut bagi pemeriksaan lanjut dan turut diberikan bantuan pernafasan serta rawatan lanjut oleh doktor bertugas. Namun, beliau telah meninggal dunia pada jam 1.45 petang.


-sinar harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel