Connect with us

Berita Lain

Tun Juhar Buat Laporan Polis Terhadap Musa Aman

Tun Juhar Mahiruddin (kiri), Datuk Seri Musa Aman (kanan)

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar
Mahiruddin dipercayai telah membuat satu laporan polis terhadap bekas ketua
menteri Sabah Tan Sri Musa Aman malam tadi.
Ketika dihubungi di sini hari ini, Pesuruhjaya Polis Sabah
Datuk Ramli Din mengesahkan laporan polis itu, namun enggan mengulas lanjut
mengenai butiran laporan berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Musa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, telah
mengangkat sumpah sebagai ketua menteri di hadapan Juhar pada 10 Mei lepas
selepas memperoleh majoriti mudah.
Bagaimanapun, Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal dilantik sebagai ketua menteri dan mengangkat sumpah di hadapan
Juhar dua hari kemudian (12 Mei) selepas beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri
(ADUN) daripada BN berpaling tadah kepada Warisan.
Berikutan keengganan Musa meletak jawatan, Setiausaha Sulit
kepada Yang Dipertua Sabah, Abinan Asli pada 14 Mei menyampaikan surat
pemberitahuan kepada Musa bahawa beliau bukan lagi ketua menteri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Susulan itu, pada 17 Mei lepas, Musa telah memfailkan writ
saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Juhar dan Mohd Shafie memohon
pengisytiharan bahawa beliau (Musa) kekal sebagai ketua menteri Sabah yang sah.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel