Connect with us

Berita Lain

Tun M: Guan Eng Berjaya Uruskan Kewangan Lebih Baik

BIARPUN menerima kecaman berhubung pelantikan kaum Cina
sebagai Menteri Kewangan dalam negara majoriti Melayu, Tun Dr Mahathir Mohamad
yakin beliau melakukan keputusan yang tepat.
Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berjaya membuktikan dirinya layak untuk
berada dalam Kabinet berikutan kemampuannya menguruskan Pulau Pinang semasa DAP
bergelar parti pembangkang.
Dr Mahathir turut menekankan seseorang individu itu tidak
sepatutnya dihakimi berdasarkan kaum sebaliknya pengetahuan dan kualiti yang
dimiliki, lapor Harian Metro.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Seperti yang diketahui, apabila DAP mengambil alih Pulau
Pinang, mereka berjaya menguruskan kewangan lebih baik berbanding kerajaan
terdahulu (Barisan Nasional). Mereka pula tidak boleh bergantung kepada
Kerajaan Persekutuan kerana bergelar parti pembangkang ketika itu.
“Namun, kita lihat mereka mampu menguruskan kewangan dengan
lebih baik. Justeru, kita memerlukan individu yang berkualiti, bukan hanya ahli
parti, Melayu, Cina atau India.
“Saya mahu lantik seseorang yang memahami kewangan dan
berjaya membuktikan kemampuannya. Itulah sebab saya bawa Guan Eng masuk,”
katanya dalam satu wawancara ekslusif bersama akhbar The Edge Weekly.
Pada 12 Mei lalu, Dr Mahathir mengumumkan tiga senarai
teratas Kabinet termasuk Guan Eng yang juga seorang bekas ahli perbankan dan
akauntan.
Ini adalah kali ketiga dalam tempoh enam dekad sejak
kemerdekaan negara, jawatan Menteri Kewangan dipegang oleh kaum Cina.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Apa yang lebih pelik ialah hakikat bahawa Guan Eng pernah
dipenjarakan sebanyak dua kali ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dari
1981 hingga 2003.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,
memegang jawatan Menteri Kewangan sebelum beliau terpaksa melepaskan dua
jawatan itu selepas mengalami kekalahan kepada Pakatan Harapan (PH) pada
pilihan raya umum baru-baru ini.
Apabila tidak memilih kaum Melayu untuk satu daripada
jawatan utama dalam Kabinet, Dr Mahathir berkata, pemilihan kaum tidak
menjanjikan kewibawaan bagi sesebuah jawatan.
“Kita ada orang Melayu. Sudah tentu orang Melayu
menginginkan Melayu (sebagai Menteri Kewangan) tetapi kita pernah melantik
seorang Melayu sebagai Menteri Kewangan dan dia sudah kehilangan sejumlah besar
wang… dan dia juga Perdana Menteri,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel