Connect with us

Berita Lain

Tun M Simpati Terhadap Tony Fernandes

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau simpati
dengan Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berhubung
tekanan yang diberikan kerajaan terdahulu.
Dalam wawancara eksklusif bersama akhbar The Edge Weekly,
Perdana Menteri berkata beliau tahu beberapa syarikat atau individu yang
dilihat bersahabat dengannya sebelum ini berisiko menjadi sasaran oleh Lembaga
Hasil Dalam Negeri (LHDN), lapor BH Online.
“Saya tahu kerajaan sebelum ini memberi tekanan.
Sebagai contoh, jika syarikat atau individu kelihatan baik kepada kami
(pemimpin Pakatan Harapan), jabatan hasil akan meminta mereka membayar cukai
tambahan dan mengatakan ia sebagai undang-undang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Jadi, apabila anda berdepan dengan ancaman ini, lebih
baik bersahabat dengan kerajaan. Jadi mereka (AirAsia) menukar warna merah
(warna) mereka kepada biru (Barisan Nasional) untuk menggembirakan kerajaan.
“Saya bersimpati dengan ramai orang yang ditekan oleh
kerajaan terdahulu dalam pelbagai cara. Ada yang perlu bayar sebanyak RM90
juta,” katanya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai video
komen Tony yang dimuatnaik sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang mana
beliau memuji bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana mengutamakan
rakyat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Tony menerima kecaman berhubung video itu dan sejurus
kemenangan Pakatan Harapan pada PRU-14 lalu, beliau memuatnaik satu lagi video
memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tunduk kepada tekanan kerajaan
Barisan Nasional.
Pada masa sama, Pengerusi AirAsia X, Rafidah Aziz dan Ketua
Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman turut mempertahankan tindakan Tony.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel