Connect with us

Berita Lain

‘Tun M Tidak Sempurna, Tetapi Lebih Baik’

Foto: FMT



LANGKAWI – Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rafidah Aziz menyeru rakyat Malaysia agar yakin memilih pemimpin yang mempunyai nisbah kebaikan 80:20 berbanding 20:80 pada 9 Mei ini.

Beliau yang juga bekas Ketua Wanita Umno menyatakan, tiada pemimpin yang sempurna tetapi jika diberi pilihan, rakyat wajar memilih pimpinan yang terbukti mampu menguruskan pentadbiran negara dengan baik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tender keluar setiap lima tahun, terpulang kepada kita menilai tapi bagi saya kerajaan mengurus sekarang berada pada tahap tak boleh pi dah, macam-macam masalah.

“Jadi caranya, tender keluar 9 Mei ini, kita (rakyat) beri kontrak kepada pengurus baharu, pengurusan baharu,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sepetang Bersama The Iron Lady.

Rafidah menggesa agar rakyat tidak mencari kesempurnaan dalam kerajaan, cukuplah sekadar baik dan terbukti mampu mengurus negara di landasan yang benar.

“Kesempurnaan itu bukan pada manusia tetapi kesempurnaan itu ALLAH. Tiada kerajaan yang sempurna,” katanya.

Beliau berkata, kedatangannya menyokong Harapan dan ke Langkawi bukan kerana individu.

“Saya bukan datang sokong individu, saya sokong kerana apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad pegang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Saya pernah cakap sendiri pada beliau (Mahathir) dulu, tuan (sir) saya setia dan sokong tuan bukan kerana tuan ialah Mahathir atau perdana menteri tapi apa yang tuan buat pada negara,” katanya.

Kini, Rafidah berkata, beliau tetap bersama Mahathir dan Harapan kerana tujuan blok ini yang akan membetulkan sistem pentadbiran negara yang tempang.

“Saya datang bukan dibayar, tapi kerana asas hidup saya sayangkan Malaysia. Saya guna duit sendiri, saya bantu setakat yang saya mampu,” jelas Rafidah.

Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel