Connect with us

Berita Lain

Usul Tiga Jawatan Tertinggi Umno Tak Dipertandingkan


KUALA LUMPUR – Umno Melaka mengusulkan tiga jawatan
tertinggi parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan Umno yang bakal
diadakan selewat-lewatnya 19 April tahun depan.
Pada masa ini, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi menjalankan tugas-tugas presiden, manakala Datuk Hishammuddin Tun
Hussein yang juga Naib Presiden Umno pula menjalankan tugas-tugas timbalan
presiden.

Ketua Umno Bahagian Bukit Katil, Tan Sri Mohd Ali Rustam
berkata, usul berkenaan melibatkan jawatan presiden, timbalan dan naib presiden
satu bagi menguatkan Umno dalam menghadapi cabaran sebagai pembangkang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, dua jawatan itu dicadangkan supaya kekal
diterajui dua pemimpin tersebut, manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin
Abu Bakar pula dipilih sebagai Naib Presiden Umno.
“Kita kena bagi sokongan yang kuat kepada mereka supaya Umno
ada nakhoda yang kuat untuk bergerak ke depan.
“Selebihnya, dua lagi jawatan naib presiden, ahli majlis
tertinggi, bahagian dan lain-lain dibuka kepada mereka yang mahu bertanding,”
katanya ketika ditemui media di Menara Datuk Onn, di sini, hari ini. Bermula
hari ini, Mohd Ali berkata, Umno mula mengadakan mesyuarat cawangan, manakala
di peringkat bahagian pula diadakan bulan depan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu, Mohd Ali turut sedia melepaskan jawatannya
sebagai ketua Umno bahagian untuk digantikan sesiapa yang layak.
“Namun, jika khidmat saya masih diperlukan untuk mantapkan
di peringkat bahagian, saya sedia membantu untuk tempoh dua atau tiga tahun,
sebelum pemilihan dalam mesyuarat bahagian akan datang,” katanya.
Beliau juga berharap lebih ramai generasi muda menyertai
kepimpinan sayap atau di peringkat cawangan bagi menyuburkan lagi parti itu.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel