Categories: Berita Lain

SPRM Serbu DBKL, Rampas 8 Troli Dokumen


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyita pelbagai dokumen sebanyak lapan troli, disyaki ada kaitan dengan penjualan 64 lot tanah milik
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dianggarkan bernilai RM4.28 bilion.

Semua dokumen itu disita susulan pemeriksaan sepasukan lima
pegawai dan anggota SPRM di bangunan Menara 1 DBKL di sini, bermula jam 10.30
pagi tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sumber memberitahu, SPRM sudah pun memulakan siasatan
berhubung kes berkenaan sejak bulan lalu dan tindakan menyita dokumen itu
sebagai tindakan susulan daripada siasatan yang mereka jalankan, lapor BH Online.
“Antara dokumen yang disita itu diambil daripada
Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan DBKL. Semua dokumen berkenaan
dibawa balik ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk tindakan selanjutnya,”
kata sumber.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM,
Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun enggan
mengulas lanjut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Pada 16 Mei lalu, Pakatan Harapan membuat satu laporan
kepada SPRM Wilayah Persekutuan berhubung penjualan 64 lot tanah milik DBKL
membabitkan keluasan 171.7 hektar di antara 2014 dan 2018.
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, berkata pengurusan
tertinggi sebuah yayasan yang terbabit dalam pembelian tanah itu perlu disiasat
SPRM berhubung peranannya dalam penjualan tanah berkenaan.
“Sekiranya lot tanah berkenaan digunakan untuk
pembinaan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP), ia perlu diteruskan
jika pembinaan sudah bermula, hampir siap dan sudah siap.
“Bagaimanapun, jika projek belum bermula ia perlu
dihentikan serta merta untuk membolehkan SPRM melakukan siasatan,”
katanya.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

3 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

9 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago