Categories: Berita Lain

Peruntukan RM100,000, Lebih Baik Daripada Zaman BN – Khairy

SHAH ALAM – Ahli Parlimen BN, Khairy Jamaluddin akui
peruntukan RM100,000 diberikan kerajaan Pakatan Harapan untuk wakil rakyat
pembangkang lebih baik daripada yang diamalkan kerajaan terdahulu.
Beliau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan berkata
sewaktu BN memerintah, tiada sebarang peruntukan diberikan kepada wakil rakyat
pembangkang.

“Berkenaan peruntukan RM100,000 yang diberi kepada ahli-ahli
Dewan Rakyat BN, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Perdana
Menteri.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Walaupun jumlahnya tidak sama dengan apa yang diberi kepada
rakan-rakan daripada Harapan, pemberian ini lebih baik daripada apa yang
diamalkan kami dahulu iaitu tiada apa-apa peruntukan diberi kepada wakil-wakil
rakyat pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut laporan Sinar Harian, sebelum ini Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
mengumumkan peruntukan tahunan berjumlah RM500,000 kepada kerusi parlimen yang
dimenangi Harapan dan RM100,000 kepada kawasan BN.
Dalam pada itu, Khairy berharap pada masa akan datang kerajaan
akan mempertimbangkan jumlah yang sama untuk wakil rakyat BN dan Harapan.
“Atas semangat Malaysia baharu, pengundi tidak sepatutnya
dihukum atas pemilihan politik mereka semasa pilihan raya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Untuk memastikan tiada apa-apa ketirisan berlaku dalam pengagihan
peruntukan tersebut, syarat-syarat ketat boleh diletakkan dan sistem pemantauan
dan audit yang telus boleh dilaksana ke atas peruntukan yang diberi kepada
semua ahli Dewan Rakyat.
“Saya berharap Perdana Menteri boleh mempertimbangkan
perkara ini untuk kesejahteraan rakyat termasuk yang berada di kawasan yang
diwakili oleh BN,” katanya.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago