Categories: Berita Lain

Duit Raya Peneroka FELDA, Dibayar Selasa Ini

INSENTIF raya sebanyak RM450 untuk dinikmati 112,635
peneroka FELDA di seluruh negara akan disalurkan pada 12 Jun ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, insentif berkenaan
akan dikreditkan terus kepada peneroka yang mempunyai akaun dengan FELDA.
“Bagi yang tidak mempunyai akaun dengan FELDA, pembayaran
akan dibuat secara tunai oleh pengurusan rancangan FELDA masing-masing,”
katanya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mesyuarat
Kabinet, Rabu lalu mengumumkan pemberian insentif raya berjumlah RM450 kepada
peneroka FELDA dan FELCRA termasuk bukan ahli FELDA bagi perayaan kali ini.
Memetik laporan Harian Metro, Guan Eng berkata, pemberian insentif itu membabitkan jumlah
kos keseluruhan sebanyak RM50.68 juta.
“Untuk menampung insentif ini, Kementerian Kewangan
menyalurkan peruntukan RM50 juta kepada FELDA melalui Jabatan Perdana Menteri,”
katanya.
Katanya, kerajaan Persekutuan menghargai sumbangan peneroka
FELDA dalam pertumbuhan ekonomi negara dan pemberian ini selaras dengan manifesto
Pakatan Harapan untuk meningkatkan taraf hidup peneroka FELDA serta keluarga
mereka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Semoga pemberian insentif ini dapat membantu persediaan
Aidilfitri peneroka FELDA di seluruh negara.
“Pembayaran ini bagaimanapun tidak termasuk dalam pembayaran
Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) yang akan dibayar secara berasingan.
“Kerajaan sudah menyalurkan RM1.6 bilion kepada hampir 4.1
juta penerima BSHR, mulai 6 Jun lalu,” katanya.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

10 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

11 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago