Categories: Berita Lain

Dr Mahathir Bakal Jadi Tumpuan Pada Persidangan Nikkei 2018

Foto: FMT

TOKYO – Tun Dr Mahathir Mohamad sememangnya amat mengagumi
Jepun.
Malah, beliau merupakan insan yang membawa banyak contoh
kejayaan untuk Malaysia termasuk menerapkan Dasar Pandang ke Timur dalam agenda
pembangunan negara pada lewat 1980-an apabila menjadi perdana menteri buat kali
pertama.
Dan, Dr Mahathir, yang dijadual tiba di Tokyo esok untuk
lawatan kerja tiga hari, bakal menyuntik ciri-ciri baharu dalam dasar itu, yang
menurut Duta Besar Malaysia ke Jepun Datuk Ahmad Izlan Idris, telah memberi sumbangan
besar kepada kemajuan Malaysia.
Lawatan pertama Dr Mahathir ke luar negara selepas dilantik
menjadi perdana menteri Malaysia ketujuh bulan lepas adalah untuk menghadiri
Persidangan Antarabangsa Ke-24 mengenai Masa Depan Asia atau Persidangan Nikkei
atas undangan Nikkei Incorporated.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ahmad Izlan berkata
Dr Mahathir adalah pemimpin yang sering menghadiri acara berprestij itu dari
semasa ke semasa, dengan hanya empat kali tidak menghadiri persidangan tersebut
– kali terakhir pada 2014. Beliau dijadual menyampaikan ucap tama pada
persidangan itu yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi politik dan eksekutif
kanan perniagaan serta tetamu terhormat yang lain.
Kemunculan Dr Mahathir pada persidangan kali ini pasti
menarik perhatian kerana para pesertanya tidak sabar menanti tentang apa yang
bakal beliau suarakan selepas
kejayaannya menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional,
gabungan parti yang memegang tampuk
kuasa Malaysia selama lebih enam dekad.
“Ia akan menjadi platform bagi Dr Mahathir menyuarakan
pandangannya mengenai perkembangan di Malaysia serta rantau ini,” kata
duta itu yang merujuk kepada persidangan bertemakan ‘Keeping Asia Open – How to
Achieve Prosperity and Stability itu yang berlangsung dari 11 hingga 1`2 Jun ini.
Dalam kenyataan mengenai lawatan itu yang dikeluarkan di Kuala Lumpur,
Kementerian Luar berkata kehadiran perdana menteri pada Persidangan Nikkei akan
memberikan peluang kepada Malaysia untuk mengambil inisiatif bagi meningkatkan
lagi kerjasama ekonomi antara negara-negara di rantau ini.
Lawatan Dr Mahathir
ke Tokyo juga dijangka tertumpu kepada usaha untuk menarik lebih banyak
pelaburan Jepun ke Malaysia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Untuk itu, perdana menteri berusia 92 tahun itu dijadual
bertemu dengan ketua-ketua industri Jepun dari entiti perniagaan seperti Dewan
Perniagaan dan Industri Jepun, Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun dan Persatuan
Ekonomi Jepun-Malaysia.
Pertemuan Dr Mahathir dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo
Abe serta sidang media bersama merupakan satu lagi kemuncak lawatan kerja itu.
Dalam ulasannya sebelum ini, pemimpin Malaysia itu berkata
beliau berminat untuk mengukuhkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Tokyo selain menyentuh
tentang Dasar Pandang Ke Timur.
Ahmad Izlan berkata:
“Hakikatnya ia adalah satu daripada dasar luar negara yang paling berjaya
dalam menjalinkan hubungan Malaysia-Jepun. Ia telah membentuk hubungan kita
dalam pelbagai sektor seperti pendidikan, perdagangan dan pelaburan serta
hubungan rakyat dengan rakyat.”
Beliau berkata Jepun menghargai pengiktirafan Kuala Lumpuir
mengenai peranannya dalam proses membangunkan Malaysia.
Kementerian Luar dalam kenyataannya berkata lawatan kerja
itu membolehkan Malaysia mengetengahkan dasar semasa kepada Jepun dan
negara-negara lain di rantau ini terutamanya yang berkaitan pelaburan dan
perdagangan luar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam lawatan kerjanya itu, Dr Mahathir juga dijadualkan
menyampaikan ceramah khas kepada wakil rakyat di Dewan Perwakilan Jepun.
“Saya difahamkan tidak ramai ketua kerajaan diberi
penghormatan seperti ini,” kata Ahmad Izlan sambil memberitahu bahawa
rakyat Jepun menghormati Dr Mahathir dengan memberinya keistimewaan untuk
berbuat demikian.
Dr Mahathir akan diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
dan para pegawai Kementerian Luar.
— BERNAMA

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago