Categories: Berita Lain

1MDB: Jho Low sedia jumpa penyiasat di Dubai



KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho atau Jho Low muncul di Dubai dan memaklumkan sedia menjawab soalan penyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di negara itu.


Sumber kerajaan berkata bagaimanapun sebelum pertemuan itu berlangsung, peguamnya akan terlebih dulu berbincang dengan pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Dubai mengenai aspek siasatan yang boleh dibantu oleh anak guam mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Sebuah portal melaporkan peguam Jho Low mengesahkan perbincangan yang sudah bermula dengan pihak berkuasa Malaysia namun enggan mendedahkan butiran lanjut.


Pihak berkuasa Malaysia yakin ahli perniagaan berasal dari Pulau Pinang itu boleh membantu mereka mendapatkan semula dana yang diselewengkan atau aset yang dibeli dengan dana itu.


Pada masa sama, penyiasat kes 1MDB juga yakin beliau boleh mengenal pasti aset berharga lain termasuk barangan kemas mewah yang disorok.


Kesediaan Jh Low memberi kerjasama kepada pihak berkuasa Malaysia bukan sesuatu yang datang tiba-tiba.


Selama Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) berkuasa dan memberikannya perlindungan daripada pendakwaan, dia bersembunyi dan tutup mulut.


Semuanya berubah selepas 9 Mei lalu apabila Pakatan Harapan (PH) menyingkirkan BN dari Putrajaya.


Pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan siasatan terhadap 1MDB dan mendakwa Najib sebagai keutamaan .


Dengan latar belakang inilah ‘tabir’ yang selama ini melindungi Jho Low tersingkap. Beliau sejak itu mengirimkan isyarat mahu bekerjasama dengan pentadbiran Dr Mahathir dan SPRM.


Penyiasat di Singapura dan Amerika Syarikat menyifatkan Jho Low sebagai dalang utama penyelewengan berbilion ringgit dana dari syarikat pelaburan negara itu.


Pihak berkuasa sudah mengeluarkan beberapa notis dan waran tangkap terhadapnya namun beliau licik menyelinap sebelum berita skandal itu terbongkar pada 2015.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Pihak berkuasa di Malaysia percaya Jho Low dilindungi di China dan di beberapa negara di Asia Barat, termasuk Emiriyah Arab Bersatu (UAE).


Perlindungan diplomatik ini menyukarkan Malaysia dan kerajaan negara lain yang menyiasat skandal ini mendapatkan perintah ekstradisi terhadap Jho Low.


Dr Mahathir baru-baru ini berkata kerajaan tahu di mana lelaki buruan ini berlindung namun sukar untuk menangkapnya.


Dubai selama ini terkenal sebagai tempat persembunyian ahli politik dan ahli perniagaan yang melarikan diri, termasuk mereka yang melakukan kesalahan jenayah di negara sendiri.


termasuk bekas perdana menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.


Pegawai kerajaan percaya Jho Low rapat dengan pihak berkepentingan yang berpengaruh di Dubai.


Itu sebabnya beliau mahu pertemuan dengan pihak penyiasat Malaysia dibuat di sana.


Beberapa urusan yang meragukan dalam skandal 1MDB ini turut membabitkan individu berasal dari UAE.


Laporan media semalam pula menyebut Jho Lo dipercayai berlindung di Macau, tetapi pihak berkuasa negara tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak ada perjanjian ekstradisi dengan Macau.


Ahli perniagaan itu juga dilaporkan berlindung di China sebelum ini


-BHonline

Advertisement

Sha Imani

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

15 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

16 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago