Categories: Berita Lain

Jamal Cadang Anwar Ibrahim Presiden Umno


SUNGAI BESAR – Datuk Seri Jamal Md Yunos yang terkenal
dengan gimik mencetuskan kontroversi mencadangkan nama Ketua Umum PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Presiden Umno pada pemilihan parti itu akan
datang.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu, bagaimanapun tidak
menjelaskan secara terperinci mengapa Anwar layak untuk menduduki jawatan
tertinggi dalam Umno.

Dalam video berdurasi selama satu minit 44 saat itu, Jamal
turut menamakan pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai
timbalan Presiden Umno, lapor Sinar Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Naib Presiden Umno pula ialah, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein, Khairy Jamaluddin dan seorang calon lain.
“Begitu juga dengan ketua wanita dan puteri,”
katanya menerusi satu video yang dihantar seorang ahlinya melalui aplikasi
WhatsApp kumpulan media, sebentar tadi.
Jamal dalam video sama turut membayangkan untuk merebut
kerusi utama sayap pemuda dalam mendepani cabaran parti itu pada masa sekarang.
“Insya-ALLAH, jika saya terpilih dalam perwakilan
pemuda saya akan bertindak membangunkan kembali pemuda supaya sayap Umno ini
kembali bermaruah dan terus dihormati demi untuk kejayaan pada masa akan
datang,” katanya.
Jamal kali ini tampil dengan berbaju korporat Umno menerusi
satu video dengan berlatar belakang gegantung pemilihan Umno 2018 yang tertera
perkataan ‘Saya Jamal Md Yunos Menawarkan Diri Bertanding Ketua Pemuda Umno
Malaysia’.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Petang tadi, Jamal turut tampil dalam satu video berdurasi
dua minit 52 saat dengan memaparkan Jamal berlatar belakangkan dinding, sambil
memberi amanat di meja dan duduk di kerusi.
Jamal ketika itu mengenakan baju T warna biru serta
berkopiah putih di kepala.
Pada 25 Mei lalu, Jamal dilaporkan menghilangkan diri
selepas didakwa dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri dan kehilangannya
dikatakan disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan
proses ikat jamin beliau kira-kira jam 5.30 petang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebelum ini
mengesahkan waran tangkap terhadap Jamal telah dikeluarkan oleh Mahkamah
Majistret Ampang, 1 Jun lalu.
Waran itu dikeluarkan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan
iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah.


Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

7 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

9 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago