Categories: Berita Lain

Najib Bukan Hanya Tipu Rakyat Tetapi Tipu Diri Sendiri


KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan Lim Guan Eng kecewa dengan kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa hutang negara tidak melebihi paras RM1 trilion.

Walaupun kerajaan tidak pernah menafikan hutang langsung negara itu ialah RM687 bilion, Guan Eng menegaskan bahawa hutang kerajaan seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) harus diambil sebagai hutang langsung kerana kerajaan perlu membayar hutang itu, lapor Sinar Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Najib sepatutnya menganggap 1MDB sebagai salah satu hutang terbesar tetapi mengapakah Najib terus bersembunyi di belakang definisi hutang itu?

“Najib bukan sahaja menipu rakyat tetapi menipu diri sendiri,” katanya selepas menghadiri majlis berbuka puasa amal yang dianjurkan oleh Country Heights Holdings Berhad di Istana Kuda Emas, di sini, hari ini.

Guan Eng berkata, kerajaan memutuskan untuk mengklasifikasikan liabiliti kongenital dan jaminan kerajaan sebagai hutang langsung kerana ketidakupayaan pihak terlibat untuk menyalurkan hutang yang perlu ditanggung oleh kerajaan.

Beliau juga mengesahkan, komitmen kerajaan terhadap pasaran modal dalam menangani hutang lebih RM1 trilion meskipun langkah baru untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan pengenalan semula subsidi minyak.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Kami akan mengambil beberapa langkah fiskal yang diperlukan yang akan menjadikannya sukar.

“Bagaimanapun, dengan menyesuaikan langkah fiskal yang teratur, kami akan dapat mengekalkan tahap defisit anggaran pada 2.8% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK),” katanya.

Beliau menambah, kerajaan akan mencapai matlamat itu dengan mengkaji semula projek-projek pembangunan semasa.

Terdahulu, Najib mengulas kenyataan agensi penarafan kredit antarabangsa terkemuka Moody’s.

Sekali gus menempelak tuduhan kerajaan Pakatan Harapan mengenai hutang yang membelenggu negara yang dikatakan mencecah RM1 trilion dengan nisbah hutang 80.3 peratus.

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

22 hours ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

2 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

3 days ago

Lelaki OKU Maut, Ibu Cedera Dalam Kejadian Samun

BUKIT MERTAJAM (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan meninggal dunia dengan keadaan… Read More

3 days ago

Menyamar jadi polis, tiga lelaki gari & samun ejen Forex RM25,000

Tular satu video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki yang digari tangannya dan dipaksa untuk masuk… Read More

4 days ago

Faisal Dijangka Lalui Prosedur Graf Kulit Minggu Ini – Ketua Perubatan Sukan SFC

SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit… Read More

4 days ago