Categories: Berita Lain

Jamal ‘Muncul’ Seketika Depan Perwakilan


SABAK BERNAM: Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri
Jamal Md Yunos ‘muncul’ lebih dua minit di hadapan perwakilan wanita bahagian
itu, pagi Sabtu.
Bagaimanapun, kemunculannya itu hanya melalui tayangan
rakaman video yang dipancarkan menerusi dua papan layar skrin di Bangunan Umno
Bahagian Sungai Besar.
Jamal dalam amanatnya kepada seluruh perwakilan Umno
bahagian itu berkata, meskipun berlaku pertandingan dalam Umno, ahli parti
diingatkan jangan sesekali berpecah-belah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Insya-ALLAH, perpaduan yang wujud di dalam Umno
Bahagian Sungai Besar ini tidak mudah untuk orang lain memecah-belahkan kita
sebagai satu pasukan,” katanya.
Beliau berkata, sebagai parti terkuat orang Melayu, Umno
amat menjunjung penuh sistem demokrasi yang diamalkan untuk menentukan calon
terbaik.
Katanya, meskipun beliau tidak dapat hadir bersama-sama
perwakilan peringkat sayap bahagian itu, namun jiwa dan raga beliau terus kekal
utuh terhadap bahagian berkenaan.
“Saya juga mengucapkan terima kasih atas sokongan padu
kepada saya dari dulu sehingga kini dan seterusnya,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Jamal sebelum ini dilaporkan menghilangkan diri selepas
dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan
waran tangkap terhadap Jamal telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang,
1 Jun lalu mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan
yang sah. – Sinar Online

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

7 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago