Categories: Berita Lain

Zahid Akhirnya Setuju Sertai Debat Presiden Umno


Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akhirnya
bersetuju menyertai ‘Debat Presiden Umno’ yang akan disiarkan secara langsung
di saluran Astro AWANI pada 29 Jun ini.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid, yang kini menjalankan tugas
presiden parti, berkata beliau hanya akan berdebat dari Bagan Datuk kerana pada
malam berkenaan beliau perlu berada bersama perwakilannya bagi tujuan pemilihan
pada keesokan harinya.
“Jika ia bukan untuk memecahkan Umno kepada dua atau
tiga, maka saya sanggup untuk bersiaran dari Bagan Datuk kerana saya tidak akan
pernah mengetepikan jemaah saya,” katanya ketika diwawancara dalam
rancangan ‘100 Hari Malaysia Baharu’ di saluran Astro AWANI malam tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sebelum ini, Ahmad Zahid, yang merupakan antara calon presiden Umno pada 30 Jun ini, menolak
cabaran debat itu kerana berpendapat isu dalaman parti tidak perlu dibincangkan
secara umum.
Dua lagi calon iaitu Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin
dan juga Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dijadualkan muncul
pada program ‘Debat Presiden Umno’ selama sejam yang dijadualkan pada 9.30
malam 29 Jun.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid berkata beliau
tidak akan mengetepikan kedua-dua pencabarnya jika diberi mandat sebagai
presiden pada pemilihan Umno 30 Jun ini.
Anggota Parlimen Bagan Datuk itu berkata pandangan Khairy
dan Tengku Razaleigh penting bagi membangkitkan semula roh dan semangat parti
itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Jika saya diberikan mandat, saya takkan ketepikan
calon presiden, dua orang ini akan saya bawa bersama saya, untuk bangkitkan
semula roh Umno itu, untuk menggarap kekuatan bagi menjenamakanUmno yang
baharu,” katanya.
Beliau turut bertekad mahu menghapuskan budaya politik wang
dan ‘warlord’ yang diakui menjadi budaya dalam parti itu sejak 40 tahun lalu.
Mengulas strategi Umno yang kini menjadi parti pembangkang
selepas kekalahan mengejut pada pilihan raya umum ke-14, Ahmad Zahid parti itu
perlu segera menukar ‘DNA’ kerajaan kepada ‘DNA’ pembangkang dalam setiap
pergerakan dan aktiviti mereka.
Mengakui ia tidak mudah, beliau berkata : “Masa untuk
bersedih, bernostalgia telah berlalu, Insya-Allah Umno harus bangkit sebagai
organisasi politik baharu dengan senario politik yang telah berubah.”
– Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

8 hours ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

3 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

6 days ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago