Categories: Berita Lain

Umno Tinggal 52 Kerusi, MP Bukit Gantang Pula Umum Keluar Parti

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz
Syed Abdul Fasal menjadi pemimpin terbaru yang keluar dari Umno dan Barisan
Nasional (BN).
Beliau berkata, keputusan itu diambil setelah melihat tiada
kestabilan dan kawalan dalam Umno, walaupun mereka bekerja keras merampas
semula kerusi Parlimen Bukit Gantang daripada PAS pada pilihan raya 9 Mei lalu.
Katanya, beliau tidak bercadang menyertai mana-mana parti
dalam PH, lapor FMT lagi.
“Kekecewaan ini buat saya melepaskan jawatan ketua Umno
bahagian Bukit Gantang dan serahkan kepimpinan ketua Umno bahagian kepada
timbalan saya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Saya akan beri tumpuan sebagai ahli Parlimen bebas tanpa
sebarang gangguan. Saya akan teruskan perkhidmatan kepada pengundi selagi saya
mampu,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di
Facebooknya hari ini.
Keputusan itu menyebabkan Umno kini hanya mempunyai 52 ahli
Parlimen, selepas ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
mengumumkan keluar BN, Ahad lalu, dan menyokong Pakatan Harapan (PH) serta
Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.
Kini, Umno hanya mempunyai 8 kerusi Parlimen di Perak
berbanding 10 kerusi yang dimenangi bulan lalu.
Syed Abu Hussin berkata, harapan melihat jentera yang
membantunya kekal bersama musnah apabila ada pemimpin yang tidak mendapat
tempat dalam pucuk pimpinan bahagian itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya sudah melepaskan badi kekalahan selama 10 tahun dan
saya mengadakan mesyuarat meminta jentera yang membantu kekal bersama saya
dalam saf kepimpinan.
“Malangnya, pada minggu lepas apa yang saya harapkan hancur,
di mana pertandingan Pemuda Umno bahagian melihatkan kehancuran Pemuda. Dua
wakil rakyat tidak mendapat tempat dalam saf kepimpinan.”
Pada pilihan raya umum ke-14 lalu, Syed Abu Hussin memenangi
kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 4,089 undi selepas menewaskan
calon PAS dan PPBM.
Kali terakhir BN memenangi kerusi Bukit Gantang ialah 2004
melalui calon Gerakan, sebelum ditawan PAS selama 2 penggal.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago