Categories: Berita Lain

PM Tiba Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari Ke Indonesia


JAKARTA, 28 Jun (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di
sini hari ini untuk lawatan rasmi dua hari ke Indonesia, kunjungan pertama ke
negara Asia Tenggara selepas menjadi Perdana Menteri ketujuh, pada 10 Mei lalu.
Pesawat yang membawa Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti
Hasmah Mohd Ali itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Halim
Perdanakusuma di sini pada jam 6.05 petang waktu tempatan (7.05 malam waktu
Malaysia).
Ketibaan Dr Mahathir dan isteri disambut Presiden Indonesia,
Joko Widodo.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut hadir ialah Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi;
Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan, Wiranto,
Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto; Ketua Polis
Indonesia, Tito Karnavian dan Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia
di Indonesia, Zamshari Shaharan.
Dalam rangka lawatan itu, Perdana Menteri akan mengadakan
pertemuan empat mata dengan Presiden Joko Widodo atau Jokowi di Istana Presiden
di Bogor pagi esok dan disusuli jamuan tengah hari yang dihoskan oleh Jokowi.
Lawatan tersebut menyediakan platform untuk kedua-dua
pemimpin memperkasakan hubungan dua hala dan kerjasama yang sedia ada antara
Kuala Lumpur dan Jakarta.
Lawatan itu juga membolehkan Malaysia mengetengahkan dasar
terkini kerajaan dan pendirian negara, khususnya berkaitan isu yang mempunyai
manfaat bersama.
Selain itu, kedua-dua pemimpin juga akan turut bertukar
pandangan mengenai isu serantau dan global yang mempunyai kepentingan bersama
kepada kedua-dua negara itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Malam ini, Dr Mahathir akan menghadiri jamuan malam bersama
lebih 300 rakyat Malaysia yang tinggal di ibu kota ini dan dijangka mengadakan
sesi dialog bersama mereka.
Sementara itu, Zamshari berkata Indonesia amat
ternanti-nantikan lawatan Dr Mahathir ke republik itu.
“Lawatan ini amat ditunggu-tunggu oleh pihak Indonesia
kerana status Perdana Menteri sebagai pemimpin paling senior dalam kalangan
pemimpin-pemimpin ASEAN,” kata Zamshari kepada wartawan Malaysia hari ini.
Semasa di Istana Presiden di Bogor esok juga, Dr. Mahathir
akan diberi penghormatan untuk bersama-sama dengan Jokowi menanam pokok
Angsana.
“Simbolik pemilihan pokok Angsana itu ialah pokok
tersebut sangat kuat, lama dan boleh bertahan lama yang sekali gus melambangkan
asas yang kuat terhadap hubungan bilateral Malaysia dan Indonesia seiring
sambutan 60 tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas,”
katanya.
Media di Indonesia sejak semalam juga menyiarkan laporan
meluas berhubung lawatan rasmi Dr Mahathir itu.
Perdana Menteri dijadual pulang ke Kuala Lumpur pada jam
5.45 petang esok.
— BERNAMA

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

1 day ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

2 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

4 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

6 days ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago