Connect with us

Berita Lain

433 Jam Tangan Berjumlah RM80 Juta Disita Dari Kondo Mewah

Sebanyak 433 utas jam tangan berjenama ditemui dalam 37 beg
yang dirampas dari kondominium mewah, Pavilion Residences di ibu negara
dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
China Press melaporkan hasil penilaian ke atas jam tangan
itu, pakar menganggarkan semuanya mencecah RM80 juta, termasuk seutas jam
tangan paling mahal berharga RM3.5 juta yang difahamkan berjenama Rolex.
Difahamkan, seutas lagi jam tangan jenama Cecil Purnell
berharga RM1.2 juta, manakala jenama lain terdiri daripada Patek Philippe dan
Richard Mille.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Akhbar itu melaporkan proses pengiraan dan penilaian ke atas
37 beg berisi jongkong emas, barang kemas dan jam tangan itu yang bermula 30
Mei lalu, kini di peringkat akhir dan masih ada sebahagian barang kemas jarang
ditemui yang belum dinilai pakar.

Menurut laporan, pakar mengambil masa 5 hari, mulai 30 Mei
untuk menyelesaikan kerja menilai semua jam tangan berjenama yang diisi dalam 6
beg itu.
Difahamkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh sudah mengarahkan proses
penilaian semua jongkong emas, barang kemas dan jam tangan itu diselesaikan
sebelum sambutan Aidilfitri atau anggota terbabit tidak dapat bercuti raya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Pada 25 Mei lalu, Amar Singh mengumumkan pelbagai mata wang
berjumlah RM114 juta ditemui dalam 35 beg yang dirampas dari Pavilion
Residences, manakala baki 27 beg mengandungi barang kemas serta barang berharga
lain yang perlu dinilai pakar.
Polis sebelum ini merampas 72 beg dan 284 kotak mengandungi
beg tangan mewah dalam operasi penggeledahan 6 premis dikaitkan dengan Najib
sejak malam 16 Mei lalu, sebagai sebahagian daripada siasatan dalam skandal
1MDB.
Enam premis itu adalah kediaman peribadi Najib di Taman
Duta, 3 kondominium mewah di Jalan Raja Chulan, pejabatnya di Jabatan Perdana
Menteri dan kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya yang
digunakan Najib sejak 2009.



– FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel