Connect with us

Berita Lain

90 Ahli Parlimen Baru Bakal Bersidang, Terbanyak Dalam Sejarah


KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen
Keempat Belas yang bermula 16 Julai ini bakal menyaksikan penampilan julung
kali 90 Anggota Parlimen baharu.
Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Rosmee Hamzah berkata, jumlah
tersebut adalah yang terbanyak dalam sejarah Parlimen Malaysia.
“Ini merupakan hari ini dalam sejarah. Landskap Parlimen
pada kali ini amat berbeza kerana kita dapat menyaksikan ada (anggota Parlimen)
yang senior dan yang sangat-sangat muda seperti Yang Berhormat P. Prabakaran
(Anggota Parlimen Batu) yang masih merupakan seorang pelajar,” katanya ketika
ditemui pemberita selepas Majlis Taklimat Ahli-Ahli Dewan Rakyat Parlimen
ke-14, di Dewan Rakyat hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Justeru, katanya, sesi taklimat pada hari ini amat penting
untuk anggota-anggota yang berhormat terutama yang baharu untuk memahami
peraturan Dewan Rakyat khususnya seperti sesi pertanyaan jawab lisan dan
bagaimana satu-satu rang undang-undang itu dikemukakan.
Dalam pada itu, katanya, sidang Parlimen ke-14 selama 20
hari itu juga akan menyaksikan kemunculan semula 11 anggota Parlimen yang
dahulunya juga pernah berkhidmat sebagai MP manakala 121 lagi MP sidang
Parlimen ke-13 sebelum ini yang berjaya dipilih semula pada Pilihan Raya Umum
Ke-14 pada 9 Mei lepas.
Rosmee juga berkata pada taklimat hari ini anggota-anggota
Parlimen turut diterangkan tentang persiapan hari pertama persidangan pada 16
Julai ini yang akan menyaksikan pemilihan dan pemahsyuran Yang Dipertua Dewan
Rakyat, dan diikuti dengan upacara angkat sumpah 222 anggota Parlimen.
Sementara itu ketika ditanya berhubung calon Yang Dipertua
Dewan Rakyat, beliau berkata, setakat ini pihaknya belum menerima usul daripada
pihak kerajaan dan usul pencalonan jawatan itu mesti dikemukakan dalam tempoh
14 hari sebelum Parlimen mula bersidang atau selewat-lewatnya Isnin depan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Katanya susunan tempat duduk anggota Parlimen di dalam Dewan
juga hanya akan ditentukan selepas pelantikan kesemua menteri Kabinet dan
timbalan menteri yang dijadualkan berlangsung Isnin depan.
“Selepas itu kita boleh mengatur tempat duduk lain seperti
susunan kekananan penyokong kerajaan dan juga susunan pihak pembangkang di
sebelah kiri,” katanya.
Beliau turut menambah anggota Parlimen perlu mengemukakan
soalan bagi sesi pertanyaan jawab lisan selewat-lewatnya 29 Jun ini.
– BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel