Connect with us

Berita Lain

Akta Anti-Berita Tidak Benar perlu dibatalkan tapi….



PETALING JAYA: Akta Anti-Berita Tidak Benar yang diluluskan dua bulan lalu perlu dibatalkan, kata Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Kita perlu memansuhkan akta tersebut kerana ia diluluskan bukan untuk memerangi berita palsu tetapi melindungi skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya pada sidang media di sini Rabu.


Kit Siang mendakwa akta tersebut diluluskan sebagai ‘alat penindasan untuk membendung berita berkaitan skandal 1MDB.’


Namun, beliau berkata terdapat keperluan untuk memerangi berita palsu sama ada di media sosial atau yang disiarkan dalam media arus perdana.


Pada Selasa, Kit Siang berkata Malaysia memerlukan undang-undang anti-berita palsu tetapi ia mesti dibangunkan oleh media dan masyarakat, lapor portal The Malaysian Insight.


Portal itu memetik Kit Siang sebagai berkata beliau menyokong undang-undang seperti itu tetapi membantah undang-undang yang diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia bukan untuk kepentingan rakyat.


Kit Siang berkata demikian ketika berucap pada lawatan ke pejabat akhbar Tamil Malar di Kuala Lumpur, Selasa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Pada Rabu, Kit Siang sekali lagi menggesa pakar undang-undang, pengamal media dan masyarat menilai semula isu berita palsu untuk mengenal pasti sama ada terdapat keperluan mewujudkan undang-undang baharu atau sama ada undang-undang sedia ada boleh dipinda.


Beliau turut menafikan gesaannya agar berita palsu diperiksa merupakan u-turn oleh Pakatan Harapan dengan memetik komentar dalam sebuah akhbar bahasa Melayu sebagai satu contoh berita palsu.


Penulis komentar tersebut mendakwa DAP mahu menghapuskan institusi diraja.


-mstar online

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel