Connect with us

Berita Lain

Amar: Senarai Dah Bagi, Apa Lagi Najib Nak?


Senarai penuh wang tunai dan barang rampasan dari premis
dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah diberikan
kepada penghuni tempat masing-masing, kata polis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Amar
Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Najib bahawa pihaknya tidak mendapat
senarai lengkap barang rampasan daripada pihak berkuasa.
Najib juga mendakwa tidak dibekalkan dengan gambar
barang-barang rampasan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Senarai dah bagi pada tuan rumah. Semua tempat yang kita
geledah ada bagi senarai penuh.
“(Ia) diberi pada orang yang ada di rumah itu. (Senarai)
telah diberi semua pada mereka. Apa lagi dia nak?

“Diberi pada semua yang ada penghuni. Kalau ada pekerja kita
bagi pada pekerja,” katanya kepada Malaysiakini.
Polis semalam mendedahkan nilai pasaran barang rampasan di
hartanah dikaitkan dengan Najib, termasuk beribu-ribu barang kemas, berjumlah
antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagaimanapun dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini
di ibu pejabat portal ini di Petaling Jaya semalam, Najib berkata nilainya
“subjektif dan tidak realistik”.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mempertahankan
anggaran nilai yang diumumkan mereka semalam atas alasan ia dibuat dengan
bantuan pakar.

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel