Connect with us

Berita Lain

Anak Bunuh Ibu Ketika Umat Islam Solat Jumaat


KUALA LANGAT – Seorang wanita maut dipercayai dibunuh anak
lelakinya sendiri di kediaman mereka di Taman Langat Utama, Kampung RTB Bukit
Canggang di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa berusia
50 tahun ditemui tidak sedarkan diri dengan tiga kesan tikaman pada kepala dan
dada.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi
Superintendan Kamalariffin Aman Shah berkata, kejadian tersebut disedari suami
dan anak mangsa berusia 12 tahun yang baharu pulang dari solat Jumaat kira-kira
pukul 2.10 petang, lapor Kosmo.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata, sebaik suami mangsa dan anaknya tiba di
rumah mereka, suspek yang merupakan anak keenam daripada 10 beradik itu meluru
berlari ke luar rumah dalam keadaan tangan berdarah dan hanya memakai tuala.
“Suspek terus melarikan diri ke arah kiri jalan raya
sebelum dikejar oleh ayahnya. Adik lelaki suspek telah masuk ke dalam rumah dan
menemui ibu mereka terbaring tidak sedarkan diri di bahagian dapur,”
katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Kamalariffin berkata, siasatan pihaknya di lokasi kejadian
mendapati mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tikaman
pada kepala dan dada.
“Kita turut menemui sebilah pisau yang masih terdapat
kesan darah berada berdekatan mangsa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Siasatan awal mendapati, semasa kejadian hanya mangsa,
suspek dan lima kanak-kanak asuhan berusia lingkungan dua hingga empat tahun
berada di rumah tersebut, namun kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang
kecederaan,” jelasnya.
Tambah beliau, ketika ditahan suspek kelihatan seperti
kurang waras, bagaimanapun, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca
kejadian dan motif pembunuhan tersebut.
 “Mayat mangsa dibawa
ke Hospital Banting untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302
Kanun Keseksaan,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel