Connect with us

Berita Lain

Anggota Pentadbiran Termasuk Menteri Dikehendaki Isytihar Harta

Foto: Kosmo

Semua anggota pentadbiran termasuk menteri, timbalan menteri
dan setiausaha politik dikehendaki mengisytihar harta masing-masing kepada
perdana menteri.
Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengumumkan langkah itu
berkata maklumat yang diterimanya tidak akan disembunyikan, sebaliknya akan
turut disampaikan kepada agensi-agensi bertanggungjawab berkenan pencegahan
rasuah.
“Perdana menteri tidak boleh sembunyi rasuah yang dilakukan
oleh pegawai atau anggota pentadbiran yang lain,” katanya pada sidang media
selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kabinet mengenai ueutuhan
pengurusan kerajaan di Perdana Putra, di Putrajaya hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana
Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Dalam Negeri Tan Sri
Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Ketua Pengarah Pusat
Governans, Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Selain itu, Dr Mahathir berkata mesyuarat tersebut turut
memutuskan pegawai kerajaan tidak dibenarkan memegang lebih daripada lima
jawatan bagi mengelakkan masalah penyelewengan dalam pemberian kontrak.
Menurut perdana menteri, kerajaan mendapati terdapat pegawai
kerajaan yang memegang sehingga 68 jawatan dalam pelbagai syarikat.
“Ini akan dikurangkan, tak boleh lebih daripada lima
(jawatan), bahkan kita tidak galak pegang dua atau tiga jawatan pun.
“Sepatutnya pegang satu jawatan sahaja tetapi kita tidak
dapat elak daripada sesetengah pegawai yang perlu pegang jawatan dalam anak
syarikat milik kerajaan,” katanya.
Dr Mahathir berkata anggota pentadbiran dan pegawai tinggi
kerajaan juga tidak dibenarkan menerima sebarang hadiah dengan tindakan akan
diambil terhadap pemberi dan penerima hadiah terbabit.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Kalau sesiapa nak bagi hadiah kepada saya, saya takut
kepada Abu Kassim, saya takkan terima. Tetapi boleh bagi bunga, makanan dan
buah-buahan tetapi tidak lebih daripada itu, kita tolak kereta semua,” katanya
secara berseloroh.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata pemilihan Abu Kassim
sebagai ketua pengarah GIACC adalah atas pengalamannya dalam usaha mencegah
rasuah termasuk pernah berkhidmat sebagai ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Beliau juga mempunyai pengalaman antarabangsa berhubung
beberapa agensi anti-rasuah yang lain dan kita sekarang akan menggunakan
panduan yang dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkenaan strategi
untuk melawan rasuah,” katanya.
Dr Mahathir turut mengesahkan walaupun GIACC ditubuhkan,
SPRM akan terus kekal sebagai badan bebas menangani isu rasuah di negara ini.
“Koordinasi ya, tetapi bukan kerjasama,” katanya ketika
ditanya sama ada GIACC akan bekerjasama dengan SPRM.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Dr Mahathir berkata kesemua keputusan itu diambil kerana
kerajaan Pakatan Harapan (PH) serius dalam usaha membanteras penyelewengan
dalam pentadbiran yang menyebabkan kerajaan kehilangan banyak dana.
“Ada satu kes melibatkan sebuah syarikat yang membekalkan
elektrik kepada sekolah dengan kontrak RM1 bilion. Syarikat ini tidak buat
apa-apa pun, tetapi sudah kutip duit daripada kerajaan,” katanya.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel