Connect with us

Berita Lain

Angkat Sumpah Ahli Parlimen 16 Julai, Bersidang Keesokannya


Semua anggota Dewan Rakyat akan mengangkat sumpah jawatan
pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Keempat Belas yang akan bermula
pada 16 Julai ini, selama 20 hari.
Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah berkata majlis
angkat sumpah itu akan dilakukan selepas pelantikan Yang Dipertua dan Timbalan
Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Istiadat pembukaan sidang Parlimen akan dirasmikan oleh Yang
di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 17 Julai, katanya dalam kenyataan hari
ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata mesyuarat pertama bagi penggal ini akan
dimulakan dengan usul menjunjung kasih dan perbahasan Titah Diraja selama dua
minggu diikuti dengan sesi penggulungan oleh menteri-menteri pada minggu
ketiga.
“Urusan minggu keempat dan kelima adalah perbahasan bagi
rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain,” katanya.
Sehubungan itu, Parlimen akan mengadakan majlis taklimat
anggota Dewan Rakyat pada 26 Jun ini di Dewan Bankuet, Parlimen sebagai
pengenalan dan panduan kepada mereka berkaitan urusan persidangan dan kemudahan
yang disediakan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, Roosme berkata persidangan Dewan Negara akan
berlangsung dari 27 Ogos hingga 13 Sept.
Anggota Dewan Negara juga akan menghadiri majlis perasmian
mesyuarat pada 17 Julai ini, katanya. ― Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel