Connect with us

Berita Lain

AS Pergiat Siasatan 1MDB Selepas Najib Kalah Mengejut PRU


Siasatan Amerika Syarikat ke atas skandal dana sarat hutang
1Malaysia Development Berhad (1MDB) mendapat lembaran baru apabila penyiasat
Amerika mula berkongsi maklumat secara rasmi dengan kerajaan baru Malaysia.
Reuters melaporkan menurut sumber yang mempunyai pengetahuan
dengan siasatan, laporan itu menyebut yang Biro Siasatan Persekutuan (FBI)
yakin kerajaan baru Malaysia lebih bersedia untuk bekerjasama dan beranggapan
bekas perdana menteri Najib Razak sebelum ini giat menghalang siasatan ke atas
skandal kewangan rentas negara itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sumber menyebut yang siasatan AS semakin dipergiat selepas
Najib kalah mengejut dalam pilihan raya umum lepas.
Pendakwa raya AS juga mahu Malaysia yang memfailkan dakwaan
jenayah terhadap mana-mana pegawai Malaysia walaupun mereka juga sedang
mempertimbangkan untuk membuat pendakwaan ke atas Najib dan sekutunya.
“Inilah yang sepatutnya berlaku,” kata pegawai peguatkuasa
undang-undang AS itu menurut Reuters.

AS adalah salah sebuah negara yang membuka kertas siasatan
terhadap dakwaan penyelewengan dan penggubahan wang haram dicuri daripada 1MDB.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

AS dan Switzerland melaporkan Najib dan sekutunya menerima
sebahagian daripada AS$4.5 bilion yang dicuri itu.
Kerajaan baru pimpinan Dr Mahathir Mohamad berikrar yang
Malaysia akan mengheret mereka yang bertanggungjawab merompak wang rakyat itu
ke muka pengadilan dan mendapatkan kembali jutaan dolar yang dirampas pihak
berkuasa asing.
Agensi anti rasuah negara sudah menyoal siasat Najib dan
isteri, Rosmah Mansor. Sementara sekutunya, Low Taek Jho yang dianggap dalang
skandal kleptokrasi terbesar dunia itu kini jadi orang buruan.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel