Connect with us

Berita Lain

Bayar dulu saman baru jalan jauh

LOKE mengibarkan Jalur Gemilang sebagai gimik pelancaran kempen di Hentian Rehat dan Rawat Seremban arah Selatan, semalam.



Seremban: Pemandu dan bas ekspres yang dikesan mempunyai saman tertunggak tidak dibenarkan meneruskan perjalanan walaupun membawa ramai penumpang untuk pulang menyambut Aidilfitri bermula hari ini sehingga 22 Jun depan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan menerusi Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Op Bersepadu Sempena Perayaan Aidilfitri yang dilancarkan semalam.


Beliau berkata, syarikat pengendali bas ekspres perlu memastikan semua kenderaan dan pemandu mereka bebas daripada kesalahan jenayah termasuk saman tertunggak sebelum dibenarkan membawa penumpang.


“Anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuat pemeriksaan di semua stesen dan terminal bas utama di seluruh negara dan semua rekod bas serta pemandu akan diperiksa.


“Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) turut menjalankan ujian saringan dadah terhadap pemandu bas.


“Tindakan tegas ini diambil supaya syarikat bas memandang serius isu keselamatan penumpang selain memastikan pemandu lebih berhati-hati di jalan raya,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran kempen dan operasi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah Selatan di sini, semalam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Hadir sama Pengerusi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) Tan Sri Lee Lam Thye; Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Rosli Isa dan Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shahruddin Khalid.


Loke berkata, kempen dan operasi bertemakan Pandu Cermat, Sampai Selamat yang berlangsung serentak dengan Op Selamat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu antara lain turut disertai JKJR, AADK, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan, MIROS dan syarikat konsensi lebuh raya.


Katanya, matlamat utama pelaksanaan kempen dan operasi itu adalah bagi mengurangkan jumlah kemalangan serta kadar kematian yang disifatkannya amat serius dan membimbangkan.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel