Connect with us

Berita Lain

Beg Tangan, Kasut Berjenama, Barang Kemas Antara Dirampas Dari ‘Rumah Selamat’ Najib



Barangan mewah seperti beg tangan dan kasut berjenama serta
barang kemas merupakan antara yang dirampas polis dari sebuah rumah di Presint
10, Putrajaya yang didakwa dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebuah portal menggambarkan premis tersebut sebagai ‘rumah
selamat’ Najib.
Menurut sumber, barangan tersebut sama dengan yang dirampas
dari kediaman rasmi bekas perdana menteri, tetapi ia nampaknya “yang
lama”.
“Rumah tersebut digunakan seperti sebuah stor, jadi beg
dan kasut yang disimpan di sini adalah lebih lama berbanding yang ditemui dalam
serbuan-serbuan terdahulu,” kata sumber.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Difahamkan, polis masih lagi membuat pengiraan mengenai
anggaran nilai barangan mewah yang dirampas di premis tersebut.
Menurut laporan mStar Online lagi, premis tersebut terletak kira-kira 200 meter dari Seri
Perdana, kediaman rasmi perdana menteri dan pemeriksaan yang dilakukan pada 11
Jun dipercayai mempunyai kaitan dengan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Pegawai-pegawai dari Bahagaian Siasatan Jenayah Penggubahan
Wang Haram Bukit Aman melakukan pemeriksaan di rumah tersebut, mencari
dokumen-dokumen yang mempunyai kaitan dengan penggubahan wang haram dan
penyelewengan dana.
Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit
Aman, Datuk Khalil Azlan Chik ketika dihubungi mengesahkan serbuan itu
dikaitkan dengan 1MDB.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Kita melihat aspek penggubahan wang haram dalam
siasatan ini,” katanya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya sama ada
terdapat serbuan lain akan dijalankan.
Serbuan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit
Aman, dengan pemeriksaan selama lebih dua jam.
Beberapa kotak dilihat dibawa keluar dari rumah tersebut dan
dimasukkan dalam sebuah van putih.
Pasukan berkenaan beredar pada pukul 3.10 petang, dengan
kira-kira lima pegawai polis memantau rumah tersebut.
Difahamkan Bahagian Pengurusan Harta Jabatan Perdana Menteri
memiliki rumah tersebut.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel