Connect with us

Berita Lain

Bekas Suami Pelakon Menyamar SPRM Ditahan


PUTRAJAYA – Dua individu direman selama empat hari oleh
Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas dakwaan menyamar sebagai pegawai
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi meminta suapan untuk
menyelesaikan kes rasuah.
Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman
SPRM mulai hari ini sehingga 1 Julai ini.
Salah seorang daripadanya adalah bekas suami kepada seorang
pelakon popular.
Semalam, SPRM telah menahan kedua-dua suspek kira-kira jam
5.30 petang dan 10.15 malam.
Memetik laporan Sinar Harian, kedua-dua suspek berusia 37 dan 38 tahun itu ditahan di
sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Menurut sumber, kedua-dua suspek dikatakan telah meminta
wang suapan sebanyak RM1 juta daripada seorang lelaki yang didakwa mempunyai
kes membabitkan SPRM.
Ujarnya, kedua-suspek juga dikatakan turut menggunakan surat
rasmi kerajaan yang diperoleh daripada internet bagi menyakinkan mangsa.
“Mangsa yang percaya, seterusnya bersetuju untuk
bertemu kedua-dua suspek bagi membincangkan mengenai kes tersebut.
“Bagaimanapun, perbuatan mereka terbongkar apabila
mangsa menyedari dirinya tidak mempunyai sebarang kesalahan membabitkan
rasuah,” katanya di sini hari ini.
Tambah sumber, susulan penahanan itu, SPRM turut merampas
wang tunai berjumlah RM50,000 daripada seorang suspek dan dua telefon bimbit
serta beberapa dokumen berkaitan.
“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret
Putrajaya pagi ini bagi tujuan permohonan reman.
“Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(B)
Akta SPRM 2009,” ujarnya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel