Connect with us

Berita Lain

Berkhidmat Kepada Rakyat, Pesan Shahrizat Pada Noraini


Bekas ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil
mengucapkan tahniah kepada penggantinya Datuk Noraini Ahmad atas kemenangannya
dalam pemilihan sayap parti itu.
Ditanya apakah perkara utama yang perlu dilakukan Noraini
selepas memenangi jawatan itu, Shahrizat berkata “Berkhidmat, berkhidmat,
berkhidmat kepada rakyat.”
Noraini memenangi jawatan ketua wanita Umno apabila
menewaskan dua lagi pencabarnya. Manakala Norliza Rahim pula dipilih sebagai
naib ketua wanita yang baru.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Shahrizat yang tidak bertanding dalam pemilihan Umno,
berkata Noraini layak memimpin sayap parti itu.
“Beliau mempunyai apa yang diperlukan untuk memimpin
Wanita dalam masa-masa yang sangat mencabar serta mempunyai pengalaman dan
kelayakan.

“Beliau berpijak di bumi nyata dan memahami perubahan
yang mesti dilakukannya,” kata Shahrizat.
Shahrizat berkata, beliau pernah merancang untuk meletakkan
Noraini sebagai penggantinya dan memilihnya sebagai Penolong Setiausaha BN pada
2013.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Noraini merupakan anggota Parlimen Parit Sulong selama tiga
penggal dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang dipilih sebagai Pengerusi
Anggota Parlimen Wanita Komanwel (CWP).
Beliau pernah berkhidmat sebagai wanita pertama yang
mengetuai Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel