Connect with us

Berita Lain

`BN tak sembunyi hutang negara’



KUALA LUMPUR: Hutang negara ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa dilaporkan mengikut piawaian Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) iaitu Standard Penyebaran Data Khas (SDDS).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



SDDS adalah panduan kepada negara anggota IMF dalam penyebaran statistik negara kepada orang ramai.


Unit Komunikasi Strategik UMNO dalam kenyataannya hari ini menyebut, dengan piawaian pelaporan antarabangsa itu, Malaysia melaporkan jumlah hutang kerajaan (sekuriti yang diterbitkan kerajaan dalam bentuk bon) dan hutang yang dijamin oleh kerajaan atau lebih dikenali sebagai liabiliti luar jangka secara berasingan.


“Hutang Malaysia pada 31 Disember 2017 adalah RM686.8 bilion dan liabiliti luar jangka pula adalah RM238 bilion. Angka ini terbuka dan boleh didapati di laman web Bank Negara, Jabatan Perbendaharaan Negara, Jabatan Perakaunan Negara dan Jabatan Audit Negara.


“Namun, kerajaan Pakatan Harapan (PH) menambah komitmen seperti pembayaran pajakan dan bayaran penyelenggaraan kepada hutang kerajaan, termasuk liabiliti luar jangka berjumlah RM201.4 bilion. Itu menjadikan hutang negara mencecah paras RM1 trilion,” katanya.


Kenyataan sama menjelaskan, kerajaan PH menggunakan ‘gabungan’ hutang dan liabiliti, yang menyebabkan hutang negara mencecah RM1 trilion, yang betul dari segi teknikal.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Kerajaan Malaysia mempunyai liabiliti lebih daripada RM1 trilion, yang mana RM686.8 bilion adalah dalam bentuk hutang sekuriti.


“Kerajaan lain di dunia juga menggunakan SDDS dan melaporkan hutang sekuriti tertunggak mereka sebagai hutang negara, yang tidak termasuk tanggungan luar jangka.


“Tiada kerajaan di dunia mengambil kira komitmen pajakan dalam laporan hutang negara mereka. Bayaran sewa adalah perbelanjaan barangan, bukan hutang barang.


“Jika kita memasukkannya, maka kita harus memasukkan semua perbelanjaan kerajaan seperti gaji pegawai kerajaan, pencen dan subsidi dalam jumlah hutang negara,” katanya.


Unit Komunikasi Strategik UMNO mendakwa, kerajaan BN tidak pernah menyembunyikan perkara itu kerana angka berkenaan sedia maklum oleh agensi penarafan, komuniti pelaburan dan institusi kewangan.


“Agensi penarafan setiap tahun mengadakan mesyuarat dengan pegawai Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan. Angka ini juga dikemas kini secara kerap.


“Ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dulu, liabiliti luar jangka meningkat setiap tahun dan apabila beliau pergi (tidak lagi bergelar Perdana Menteri), terdapat kira-kira RM52.7 bilion dan jumlah itu tidak pernah dimasukkan dalam jumlah hutang negara.


“Apabila ekonomi Malaysia berkembang, kerajaan tingkatkan pendapatan dan menjadi lebih berupaya untuk mengambil banyak hutang.


“Kami tidak memungkiri mana-mana kewajipan membayar hutang. Ia bukan mengenai jumlah hutang tetapi ia lebih kepada apa yang dilakukan dengan hutang dan keupayaan untuk membayar hutang,” katanya.


-BHonline

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel