Connect with us

Berita Lain

Bos Mydin Kritik Guan Eng Keluar Kenyataan Bahasa Cina


Menteri Kewangan Lim Guan Eng malam ini mempertahankan
tindakannya mengeluarkan kenyataan tiga bahasa, termasuk bahasa Melayu,
Inggeris dan Cina ketika beliau membincangkan isu Tun Razak Exchange pada hari
Khamis lalu.
Bagaimanapun, kenyataan Facebook yang dikeluarkannya malam
ini untuk mempertahankan kenyataan dalam tiga bahasa pada hari Khamis itu
dikeluarkan hanya dalam bahasa Cina.
Ini menimbulkan maklum balas negatif daripada orang-orang
yang tidak dapat memahami dan terpaksa bergantung pada alat terjemahan platform
media sosial.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Antara yang mengkritik Lim ialah bos hypermarket Mydin,
Ameer Ali Mydin.
“Semua kenyataan apabila dikeluarkan di Malaysia
hendaklah terlebih dahulu dalam Bahasa Melayu, kemudian Bahasa Inggeris,
selepas itu mana-mana bahasa lain (jika) perlu.
“Sekiranya anda berada di London, maka saya anggap anda
akan mengeluarkannya dalam Bahasa Inggeris terlebih dahulu setelah itu
terjemahannya boleh dibuat dalam Bahasa/ Bahasa Mandarin/ Perancis dan
sebagainya.
“Jika anda berada di China, maka pada sidang akhbar di
China, saya fikir mungkin akan dikeluarkan dalam bahasa Mandarin dahulu,
kemudian bahasa Inggeris dan lain-lain.
“Saya fikir ini lebih logik. Kami tidak pernah
mempunyai masalah sebelum ini (dalam) 61 tahun yang lalu, kenapa buat
sekarang?” katanya.
Komen Mydin mendapat maklum balas ramai di Facebook,
meletakkannya di tangga teratas senarai komen.
“Kau menteri kerajaan Malaysia kah (atau) kerajaan
China?
“Konon statement Menteri Kewangan Malaysia, tapi tak
guna bahasa kebangsaan untuk semua faham,” kata Muadz Abu Hanzalah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Terdapat juga pengulas yang mempersoalkan kenyataan Lim
sebelum ini bahawa beliau “rakyat Malaysia” ketika ditanya
pendapatnya menjadi menteri kewangan Cina pertama semenjak Tan Sri Tan Siew Sin
menjawat portfolio berkenaan.
“Saya bukan orang Cina, saya rakyat Malaysia.
“Bahasa kebangsaan? Apakah itu?” Soal Ahmad
Zahiruddin Saruju.
Pengguna media sosial berkenaan tidak mengulas isu kenyataan
tiga bahasa yang dipertahan Lim, tetapi sebaliknya komen hanya berkisar seputar
kenyataan terbaru beliau dalam bahasa Cina.
Dalam kenyataan malam ini, Lim mempertahankan mengeluarkan
kenyataan dalam tiga bahasa, menekankan kepelbagaian bahasa di negara ini.
Beliau menjawab laman Facebook “Friends of BN”
yang mempersoalkan kenyataannya mengenai TRX memasukkan versi Cina dengan
tujuan untuk membantu media berbahasa Cina.
Lim menegaskan beliau akan terus mengeluarkan kenyataan
dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan apabila perlu dalam bahasa Cina.
Pada masa berita ini ditulis, terjemahan bagi kenyataan
dalam Cina tersebut tidak tersedia.

Malaysiakini

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel