Connect with us

Berita Lain

Bukti Didakwa Skandal RM300 Juta HRDF Diserah Pada SPRM

Foto: Kosmo

Bukti penyelewengan yang dikaitkan dengan dana RM300 juta
milik Tabung Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRDF) diserahkan kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SG Education Group Datuk Sri Ganes
berkata beliau tampil menyerahkan bukti terlibat agar SPRM dapat menjalankan
siasatan segera dan sekali gus dapat menjelaskan situasi sebenar dakwaan itu.
Ketika ditemui media di ibu pejabat SPRM di Putrajaya hari
ini selepas menyerahkan bukti berkenaan, beliau berkata siasatan perlu
diteruskan bagi mengenal pasti pihak terlibat walaupun seorang pengurusan
tertinggi HRDF dan seorang ahli lembaga pengarahnya telah meletakkan jawatan
baru-baru ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sementara itu, seorang bekas ahli lembaga HRDF (
R.Thiagaraja) mengganggu sidang media tersebut serta menafikan terlibat dalam
penyelewengan itu dan mengalu-alukan SPRM untuk menjalankan siasatan rapi.
Pada 1 Jun lepas, satu laporan dibuat oleh Anggota Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Bagan, M. Satees dan Anggota Majlis Perbandaran Seberang
Prai, David Marshal di pejabat SPRM Butterworth, Pulau Pinang berhubung
penyelewengan dana HRDF terlibat.
Mereka mendakwa wujudnya penyelewengan dana RM300 juta
didalangi pengurusan tertinggi HRDF.
HRDF merupakan badan yang diberi peranan kerajaan sebagai
pengurusan dana pembangunan sumber manusia dan menyediakan latihan tenaga kerja
di negara ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, Thiagaraja, Persekutuan Penyedia Latihan
Malaysia dan Persatuan TVET (FMTA), berkata beliau akan mengambil tindakan
undang-undang terhadap Ganes dan mereka yang terus menimbulkan tuduhan fitnah
dan berniat jahat terhadapnya.

Dia menyifatkan serangan baru-baru ini ke atasnya oleh Ganes
sebagai tidak berasas kerana tidak mempunyai sebarang bahan bukti.
“Untuk rekod, tiada pembiayaan atau peruntukan dari
HRDF diterima sehingga kini oleh FMTA atau disalurkan kepada FMTA. Untuk rekod,
terdapat penyedia latihan lain dari pelbagai persatuan yang juga merupakan
sebahagian daripada lembaga. Oleh itu, kami percaya bahawa ini adalah serangan
peribadi, “katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Thiagaraja juga berkata beliau telah mengemukakan peletakan
jawatannya sebagai anggota lembaga pengarah HRDF pada 8 Jun 2018 yang kini
menunggu keputusan Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran untuk menerima atau
menolak, dan melakukan siasatan yang adil dan menyeluruh.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel