Connect with us

Berita Lain

Buta mata kanan, hancur 6 jari

MANGSA mercun pertama di Kelantan buta mata kanan dan hancur enam jari selepas belerang mercun bola meletup atas bara. FOTO Siti Nor Hidayatidayu Razali


PELAJAR Tingkatan Dua buta mata kanan dan hancur lima jari kiri serta satu jari telunjuk kanan selepas belerang mercun bola diletakkan dalam botol kaca meletup atas bara api di Kampung Panji, Kota Bharu, Selasa lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Kejadian 11 malam itu menjadikan Eiman Najwan Anwar Fuad, 14, mangsa mercun pertama di Kelantan ketika dia bermain bersama dua rakan berdekatan rumahnya.


Serpihan letupan kaca itu turut terkena kaki seorang rakannya.


Ibunya, Rozita Zakaria, 41, berkata, kejadian berlaku ketika beliau sedang melipat kain di rumah.


“Saya terdengar bunyi letupan kuat dan terus berlari keluar melihat seorang budak lelaki jatuh bersujud dalam keadaan berlumuran darah.


“Saya terus memeluk budak lelaki itu dan pada masa itu, saya tidak tahu mangsa adalah anak sendiri. Saya terus pengsan kerana melihat terlalu banyak darah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Namun, selepas sedar baru saya tahu mangsa mercun yang parah itu anak sendiri sebelum saya dan suami membawanya ke unit kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk rawatan lanjut,” katanya ketika ditemui di HUSM, hari ini.


Rozita berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu terkena serpihan kaca yang meletup selepas diisi belerang mercun bola yang terjatuh ke atas bara api.


Katanya, ketika itu, anaknya berada berdekatan bara api itu dan tidak sempat melarikan diri.


“Kejadian itu menyebabkan mata kanan anak tidak dapat diselamatkan, manakala lima jari tangan kiri serta satu jari telunjuk tangan kanan hancur.


“Sebelum kejadian, anak saya ada meminta wang RM1 untuk membeli air dan saya memberinya. Pada masa itu, rakan anak ada mengajaknya keluar dan anak menolaknya kerana mahu berada di rumah.


“Namun, saya tidak sangka kejadian ini terjadi kepada anak sendiri kerana sebelum ini, hanya membaca laporan anak orang lain cedera terkena mercun,” katanya.


Rozita berkata, anaknya kini stabil dan masih mendapatkan rawatan susulan.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel