Connect with us

Berita Lain

CEP Bakal Bentang Cadangan Pembaharuan Subsidi Bahan Api


KUALA LUMPUR – Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) akan
membentang cadangan subsidi bahan api kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad seawal-awalnya minggu ini.
Diketuai Menteri Kewangan sebanyak dua kali, Tun Daim
Zainuddin, CEP setakat ini sudah menjalankan lebih 200 mesyuarat dengan
pelbagai ketua agensi, syarikat dan individu sejak penubuhannya sebulan lepas
bagi mengkaji pelbagai isu terutama mengenai subsidi bahan api, pemansuhan
bayaran tol dan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Beliau berkata, mereka sudah mengadakan perbincangan dengan
pelbagai pemegang kepentingan yang berkaitan mengenai kaedah terbaik dalam
melaksanakan perubahan subsidi bahan api sebelum membuat keputusan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Orang kepercayaan Dr. Mahathir itu bagaimanapun enggan
mengulas lanjut, namun menegaskan subsidi bahan api akan berbentuk subsidi
bersasar.
Bercakap kepada Bernama dalam wawancara eksklusif, Tun Daim
berkata, CEP juga menyedari sepenuhnya impak kewangan ke atas pasaran akibat
daripada pemansuhan bayaran tol.
“Walaupun kita mahu mengurangkan tol untuk rakyat, kita
juga menyedari impak dalam pasaran jika tol dibatalkan dengan segera,”
katanya.
CEP sedang mengenal pasti pelbagai pilihan mengenai cara
untuk menangani isu ini, berpandukan kepada prinsip bahawa keputusan yang
dibuat akan berjalan secara berperingkat dan berstruktur.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ini akan memastikan keputusan akhir akan adil kepada semua
pemegang kepentingan.
“Setakat ini, maklum balas daripada rakyat sangat
menggalakkan. Tidak perlu memansuhkan tol serta-merta maksud saya mereka faham.
Mereka tahu ia disebut dalam manifesto, sekarang realiti sudah diketahui mereka
memahami kedudukan kewangan dan masalahnya.
“Kami telah memikirkan semua perkara ini. Kami cuba
lakukan mengikut kaedah ini sehingga semuanya kembali seimbang. Pasaran akan
gembira, pemiliknya gembira dan pengguna juga gembira,” katanya.
Pemansuhan tol merupakan antara janji pilihan raya Pakatan
Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). – Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel