Connect with us

Berita Lain

Dr M kongsi dasar baharu Malaysia

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua kiri) diiringi Presiden Indonesia Joko Widodo (kiri) pada perbarisan kawalan kehormat ketika tiba di Istana Bogor hari ini. Foto BERNAMA



PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberi sambutan rasmi di Istana Presiden Bogor di Jakarta, hari ini sempena lawatan rasmi dua hari ke Indonesia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Istana Presiden itu pada 10.10 pagi dan disambut oleh Presiden Indonesia Presiden Joko Widodo serta isteri Iriana Joko Widodo.


Dr Mahathir kemudian memeriksa kawalan kehormat Pasukan Pengamanan Presiden Indonesia.


Perdana Menteri tiba di Jakarta semalam untuk memulakan lawatan rasmi itu yang menunjukkan jalinan hubungan kukuh antara kedua-dua negara sejak 60 tahun lalu.


Indonesia adalah negara pertama Asia Tenggara yang dilawati Dr Mahathir selepas beliau menyandang jawatan Perdana Menteri susulan kemenangan Pakatan Harapan, yang diterajuinya pada pilihan raya umum lalu.


Dr Mahathir dijadual mengadakan pertemuan empat mata dengan Jokowi, panggilan mesra bagi Presiden Indonesia itu, disusuli dengan mesyuarat delegasi dengan kedua-dua pihak dijangka membincangkan isu-isu dua hala yang membabitkan kepentingan bersama.


Dr Mahathir dan Jokowi dijangka mengadakan sidang media bersama selepas pertemuan itu.


Lawatan rasmi pemimpin Malaysia itu akan menyediakan platform bagi kedua-dua negara untuk memperkukuhkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama.


Ia juga membolehkan Malaysia mengetengahkan dasar-dasar terbaharu kerajaan dan pendiriannya, terutamanya mengenai isu yang membabitkan manfaat dan kepentingan bersama.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Dr Mahathir dan Jokowi juga dijadualkan menanam anak pokok Meranti di Istana Presiden Bogor.


Sejak dua hari lepas, media republik itu memberikan liputan yang meluas terhadap lawatan rasmi Dr Mahathir ke negara ini.


Perdana Menteri dijadual pulang ke Kuala Lumpur pada petang ini.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel