Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir Anggap Khairy Calon Terbaik Terajui UMNO


ALOR SETAR: Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan Ketua Pemuda
UMNO Khairy Jamaluddin adalah calon terbaik untuk menerajui parti itu.
Tanpa mengulas lanjut, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu
membayangkan Khairy merupakan calon yang layak memegang jawatan tersebut
berikutan keadaan UMNO kini yang dilihat kucar-kacir sehingga tidak dapat
menentukan hala tuju perjuangan parti.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Saya rasa Khairy calon terbaik… (jawatan) Presiden
UMNO ialah Khairy Jamaluddin,” katanya pada sidang media selepas
mempengerusikan mesyuarat Majlis PH Kedah di Seri Mentaloon di sini hari ini.Turut
hadir Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi PH negeri Datuk Seri Mukhriz Tun
Dr Mahathir dan pimpinan pakatan itu.
Pada 22 Mei lepas, Pemangku Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad
Zahid Hamidi menyatakan semua jawatan yang ada mengikut perlembagaan UMNO
adalah terbuka dan bebas untuk dipertandingkan termasuk presiden, timbalan
presiden, naib-naib presiden dan ketua sayap pada pemilihan parti yang
dijadualkan hujung bulan ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, UMNO mengalami kekalahan
teruk dengan Barisan Nasional (BN) yang diterajuinya kehilangan kuasa di
peringkat pusat selepas enam dekad mentadbir negara.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel