Connect with us

Berita Lain

Dr Mahathir Kembalikan Keyakinan Pelabur – Duta Jepun


Kembalinya Tun Dr Mahathir Mohamad memegang jawatan Perdana
Menteri selepas berakhirnya pilihan raya umum ke-14 bulan lepas, telah
memulihkan kepercayaan pihak industri Jepun terhadap pasaran Malaysia, kata
seorang pegawai tinggi Jepun hari ini.
Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa berkata, sejak
tiga tahun lalu pihak industri Jepun teragak-agak untuk membuat pelaburan
ekoran situasi politik dan ekonomi Malaysia.
“Laporan media beberapa tahun lalu tidak memberikan
kami prospek yang baik untuk masa depan Malaysia, khususnya berkaitan kerjasama
strategik, dasar perindustrian dan strategi ekonomi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Dengan kembalinya Tun Dr Mahathir, saya yakin pihak
industri kami amat gembira dan positif untuk terlibat dengan industri di
Malaysia,” katanya di ibu pejabat Bernama di Kuala Lumpur.
Jepun adalah penyumbang pelaburan langsung asing (FDI)
terbesar Malaysia. Tahun lepas, stok FDI ke Malaysia kira-kira US$13 bilion.
Miyagawa berkata dasar-dasar baharu yang diumumkan kerajaan
Malaysia, mencerminkan negara sudah bersedia untuk menjaga “rumahnya
secara lebih teratur” dengan melangsaikan hutangnya dan Jepun turut
berminat bekerjasama dengan pentadbiran baharu itu.
Ujarnya lagi, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe tidak sabar
untuk bertemu Dr Mahathir semasa lawatannya ke Tokyo sempena Persidangan
Antarabangsa Masa Depan Asia ke-24, dari 11 hingga 12 Jun.

Kedua-dua pihak kini merancang persiapan memandangkan ia
lawatan pertama Dr Mahathir sejak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri
Malaysia ketujuh bulan lepas.
Semasa menjadi Perdana Menteri keempat dari 1981-2003, Dr
Mahathir memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur, yang telah mewujudkan tanda
aras kepada hubungan dua hala Malaysia-Jepun.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengulas mengenai hasrat Dr Mahathir untuk menghidupkan
semula dasar tersebut, Miyagawa berkata Abe dan kerajaan Jepun berharap ia
dapat memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara termasuk dalam perdagangan dan
pelaburan.
“Jepun juga berhasrat menilai keberkesanan serta makna
dasar itu selain bersedia untuk memperluaskannya,” katanya, sambil
menambah dengan situasi semasa yang positif, Jepun berharap kerjasama itu akan
membantu meningkatkan sektor pekerjaan dan tahap teknologi Malaysia.
Mengenai keputusan pentadbiran Dr Mahathir membatalkan
projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur dan Singapura,
di mana Jepun antara yang menyuarakan minat dengan projek itu, Miyagawa berkata
beliau memahaminya dan menghormati keputusan tersebut.
Tambahnya, Jepun akan menunggu dan bersedia sekiranya pada
masa hadapan Malaysia menimbang semula projek itu.
“Dengan hutang terkumpul begitu besar, saya fikir
keutamaan Malaysia adalah untuk memastikan negara berada pada landasan yang
betul dan apabila sudah bersedia, kami akan lebih gembira untuk terlibat dengan
Malaysia sekali lagi,” katanya.
Bila tiba masanya nanti, Miyagawa memberi jaminan Jepun akan
tampil dengan cadangan yang akan mempertimbangkan pelbagai aspek termasuk
pembangunan sumber manusia, pemindahan teknologi selain penglibatan bermanfaat
dengan pihak industri di Malaysia dan Singapura.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel