Connect with us

Berita Lain

Dr Maszlee Sokong Hentikan Pemberian Surat Sokongan


Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malek bersetuju
amalan pemberian surat sokongan atau surat kuning patut dihentikan kerana ia
mengundang dilema kepada ketua-ketua jabatan.
Menurutnya, budaya surat sokongan yang berlaku sebelum ini
menyebabkan salah laku berlaku namun keputusan dibuat oleh Kabinet semalam
bahawa menteri atau timbalan menteri tidak dibenarkan membuat surat sokongan
kepada mana-mana tender demi melaksanakan urus tadbir yang baik adalah tepat, lapor Sinar Harian.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Bagaimanapun, berkaitan surat sokongan urusan
kementerian jika tidak melibatkan implikasi kewangan, sebenarnya kita tidaklah
menggalakkan kecuali kepada isu yang mendesak seperti kesihatan dan sebagainya.
“Saya faham ia memang berlaku bagi ahli palimen dan adun-adun
mereka merasakan itu adalah tanggungjawab mereka kerana mereka lebih mengenali
pengundi dan mereka akan letak sokongan tetapi bagi yang tidak melibatkan
implikasi kewangan boleh dipertimbangkan,” katanya mengulas mengenai
kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),
Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, budaya surat sokongan itu meletakkan
ketua jabatan dalam dilema untuk membuat keputusan.
Maszlee berkata, sebagai contohnya sokongan seseorang
individu bercuti kerana sakit atau seseorang yang terpaksa dipindahkan kerana
ahli keluarga mengalami sakit kronik itu walaupun tidak digalakkan tetapi
sekiranya ia melibatkan isu besar akan dipertimbangkan.
Katanya, jika situasi itu berlaku kepadanya juga, beliau
turut meminta maaf sebagai tanda melaksanakan Malaysia Baharu untuk
meningkatkan integriti diri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebelum ini, melalui Twitter rasmi Pengarah Urusan Kumpulan
Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, beliau menyokong
#antiSuratSokongan sambil menjelaskan biarlah pegawai negeri atau negara
membuat keputusan berintegriti yang adil berdasarkan merit dan bukannya surat
sokongan semata-mata.
Selain itu, #antiSuratSokongan juga disokong, Ketua
Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Saifuddin Abdullah
Menurutnya, #antiSuratSokongan bukan sahaja meliputi urusan
mendapatkan kerja sahaja malah ia melibatkan memohon kemasukan ke universiti,
meminta pinjaman perniagaan, memohon menunaikan haji dan sebagainya.
“Adakalanya surat sokongan atau panggilan daripada VIP
diperlukan kerana sistem di institusi tertentu tidak cekap. Justeru perlu
reformasi sistem dan institusi. Sokong #antiSuratSokongan,” tulisnya di Twitter
rasminya, @saifuddinabd.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel